Korang mesti dah terbiasa terbaca dan terdengar tentang projek LRT, dan MRT kan? Tahukah korang tentang satu lagi projek mega yang sedang giat dibina di Malaysia sekarang iaitu ECRL. Projek ini merupakan peluang baru bagi aktiviti pelaburan di pantai timur yang dulunya lebih tertumpu di pantai barat.

Apa itu ECRL?

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) merupakan sebahagian daripada pelaburan dan kerjasama bernilai RM144 bilion yang telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Najib Razak pada lawatan rasmi ke China pada bulan November 2016. Pendapatan daripada operasi ECRL adalah melalui nisbah pengangkutan 30 peratus penumpang dan 70 peratus barang.

East Coast Rail Link ECRL), akan menghubungkan Pelabuhan  Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan, yang dijangka akan menjadi satu lagi projek yang dapat membangunkan Pelabuhan Klang  sebagai sebuah bandar dan  salah satu pelabuhan utama di  Malaysia.

Kredit gambar SPAD

Kenapa projek ini dibina?

Projek ECRL telah dikenal pasti sebagai projek infrastruktur berimpak tinggi yang akan menjadi pencetus pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melingkupi kawasan seluas lebih 66,000km persegi sepanjang Pantai Timur. ECRL ni jugak berupaya tingkatkan tahap kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, pusat ekonomi dan pelabuhan, di samping menawarkan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang.

Bila agaknya projek ni boleh siap?

Menurut MRL Chief Executive Officer, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata laluan landasan,  sepanjang  688 km yang akan menghubungkan  Kelantan  dan Port Klang, dan dijadualkan akan siap pembinaan pada tahun 2024.

Apa  faedahnya ada ECRL ni?

Dalam jangka masa 6 tahun lagi ECRL dijangka akan,

  1. Bantu seimbangkan  pertumbuhan ekonomi negeri negeri di pantai timur dan pantai barat
  2. Membantu tingkatkan ekonomi di bandar bandar kecil  seperti  Cherating, Bentong, Jerantut dan banyak lagilah bandar bandar lain!
  3. Memendekkan masa perjalanan pergi dan balik ke pantai timur Semenanjung. Contohnya, perjalanan kereta api dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dijangka kurang daripada empat jam berbanding purata lapan jam hingga 12 jam apabila waktu perayaan
  4. Mewujudkan pekerjaan yang mencukupi, memudahkan pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pahang, Terengganu dan Kelantan
  5.  Pembangunan ECRL sekarang  tepat pada masanya sebab tengah selaras dengan pembesaran Pelabuhan Kuantan  menjadi terminal laut dalam yang tidak lama lagi akan mampu menampung kemasukan kapal lebih besar .
  6. Daripada aspek sosial pula, kebanyakan generasi muda penduduk tempatan  tak perlu ke bandar bandar besar dah untuk cari peluang pekerjaan sebab dah banyak peluang pekerja yang diwujudkan iaitu sebanyak 80,000!

Macam mana perkembangan projek ECRL ni setakat ni?

Update setakat Mac 2018 ni, dari CEO MRL, Darwis Abdul Razak, projek ECRL yang bernilai RM 55 billion mencatatkan kemajuan luar biasa hanya dalam tempoh 13 bulan selepas pelancarannya dengan kerjasama kukuh antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Kerja-kerja telah bermula di kesemua​​​​​​​ lapan seksyen dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak (ITT), Selangor di bawah​​​​​​​ fasa satu. Fasa satu projek itu merangkumi pembangunan 600.3 kilometer laluan rel di empat negeri, bermula​​​​​​​ dari Kota Bharu ke ITT Gombak dan kerja-kerja awal termasuk pembersihan tanah, kerja-kerja tanah, membina asas laluan rel, membangunkan pangkalan dan satelit, mewujudkan akses jalan raya dan mendirikan benteng.

Kesan ECRL kepada alam sekitar?

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.(MRL), pemilik projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 688 kilometer, memberi jaminan pembinaan jajaran rel itu akan dijalankan dengan mengambil kira langkah-langkah perlindungan alam sekitar yang memadai.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pasukan projek ECRL bekerja rapat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sejak setahun lalu untuk menambah baik jajaran dan reka bentuk projek bagi meminimumkan kesannya terhadap alam sekitar dan hidupan liar.

Satu Pelan Pengurusan Hidupan Liar telah pun dirumus melalui kerjasama antara MRL, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),  pakar-pakar alam sekitar serta kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd (CCCC), untuk menjalankan pelbagai inisiatif yang mesra alam.

Kesannya dari sudut pelaburan hartanah?

Memetik kenyataan  Penganalisis MIDF Research, Abdul Fadhli Zil Ikram Dzulkifl cabaran terbesar bagi projek itu adalah menambah jumlah atau lalu lintas bagi pembangunan berorientasikan transit (TOD) bagi memaksimumkan pelaburan dalam hartanah atau projek di dalam atau bersebelahan ECRL dan menarik pelaburan langsung asing.Malah dapat bagi saingan dan ancaman kepada  Singapura ebagai detinasi dagangan utama. Baca sini

Kesimpulannye, dari sudut jangka masa panjang atau pendek, projek ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh pelabur hartanah ye! Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang! Hehe.

RUJUKAN

  1. mynewshub
  2. spad
  3. frontdesk
  4. bernamaplus
  5. najibrazak
  6. nst
  7. propertyguru
  8. utusanonline
  9. edgeprop
  10. thestar
  11. malaysiakini