Categories
KakiReview

Perdana Apartment Seksyen 13: Lubuk Duit Pelaburan Hartanah Di Shah Alam

Ramai yang bertanya saya di mana tempat sesuai untuk pelaburan. Baru-baru ini pun, penulis dari soscili.my juga ada menghubungi saya dan bertanya tentang lokasi yang sesuai untuk membeli bagi tujuan pelaburan. Sebenarnya banyak tempat di dalam Lembah Klang dan Selangor untuk tujuan pelaburan. Tetapi kena lah perlu pandai mencari, contohnya Perdana Apartment Seksyen 13.

Yang ni saya nak bawak kan satu apartment yang orang ramai tak berapa nak tapi sebenarnya bagus. Di sini saya ada few unit yang saya usahakan sebagai sublet. Penyewa memang senang dapat. Tapi orang ramai tak berapa nak.

Jom, check this out kenapa Perdana Apartment Seksyen 13 adalah lubuk duit Pelaburan Hartanah di Shah Alam.

 

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Perdana Apartment Seksyen 13, Shah Alam.

Lokasi

Perdana Apartment ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Lokasi exactly dia berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Giant Seksyen 13. Di sini memang kawasan matang. Banyak kedai-kedai dan pejabat berdekatan.

Dekat je dengan Stadium Shah Alam.

Di sini banyak mall-mall berdekatan. Paling dekat adalah Giant. Aeon Shah Alam juga tak jauh. Penyewa saya sendiri juga terdiri dari mereka yang berkerja dan belajar di sini.

Informasi Asas Perdana Apartment Seksyen 13 Shah Alam

  • Size : 850 sqft
  • Jumlah bilik : 3 bilik 2 bilik air
  • Range harga jualan : RM 240,000-RM290,000 (instalment RM1250-RM1400)
  • Pemilikan : Leasehold
  • Jumlah parking : 2 lot
  • Kemudahan : Kedai, restoran, 24hr security, swimming pool
  • Pengurusan JMB yang bagus.
  • Institusi terdekat : MSU, PTPL, Politeknik, KUTPM
  • Mall-mall terdekat : Tesco, Giant, AEON Shah Alam
  • Pusat bisnes terdekat : Wisma Rozali, Tadisma Business Centre.

 

Ada swimming pool di Perdana Apartment ni.

Kenapa Bagus Untuk Pelaburan?

Penyewa yang tak putus-putus

Di kawasan Seksyen 13 ini, penyewa bukan satu isu besar. Ini kerana banyak universiti di kawasan sekitar selain daripada kedai-kedai dan pejabat-pejabat yang ada.

Di sini ada MSU, kolej KUTPM, Politeknik dan macam-macam lagi institusi pengajian tinggi. Selain tu banyak juga pejabat-pejabat yang ada dan di sini pun ada mall-mall seperti AEON Shah Alam yang besar, Giant dan Tesco.

Saya sendiri tak pernah kekosongan penyewa lebih dari 1 bulan.

 

Rate sewa yang SANGAT SANGAT bagus kalau buat style sublet

Rate sewa standard di sini kalau biasanya disewa satu rumah unfurnish boleh dapat dalam RM 1000-1200. Itu standard bias akalau bagi sewa satu rumah. Kalau di sewa kan ikut bilik atau ikut kepala, nilai nya akan jadi lebih besar. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut.

Pasaran untuk bilik sewa ni di Klang Valley sangat luas dan hangat. Memang sentiasa orang cari. Dan kalau nak lagi banyak permintaan kena lah pastikan unit kita ada tu fully furnish. Tak ramai orang bujang baru kerja di KL ni mampu nak sewa sebiji rumah terus. Kadang-kadang nak sewa bilik single seorang pun tak mampu. Kita lah yang sediakan kemudahan pada mereka yang ramai ni. Kita mudah kan urusan orang di samping dapat keuntungan.

 

Harga pasaran yang boleh beli lagi dalam kawasan Shah Alam

Harga apartment Perdana ini adalah dalam lingkungan RM 230,00 hingga RM 280,000. Ada bank yang boleh beri pinjaman hingga RM 290,000. Tetapi biasanya di jual dalam range harga RM 250,000 hingga RM 280,000 bergantung kepada size rumah dan keadaan rumah tersebut. Dan size nya dari 850 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air boleh maksima kan untuk sewa.

 

 

Apa Isu Tentang Perdana Apartment.

Kami di Kakiproperty tak nak cerita yang best-best je. Ada juga sebenarnya isu tentang Perdana Apartment ni. Tapi saya akan jelaskan disini.

Perdana Apartment lebih banyak untuk penyewa dan kebanyakan adalah student.

Jika anda mahu beli untuk tinggal sendiri, Perdana Apartment masih lagi OK untuk di duduki. Tapi kalau jenis tak minat hiruk pikuk student yang ramai-ramai, tempat ni tak berapa sesuai. Tapi Tuan Puan yang baca ni pun beli untuk investment. Jadi nak kisah apa!

Strata Title Belum Keluar

Perdana Apartment ni dah lebih 10 tahun. Tapi strata title belum keluar. Masalahnya nanti pada permohonan pinjaman sahaja. Untuk pengurusan strata tak ada masalah. Saya sendiri dah pernah jual unit di sini dan rakan ejen saya pun pernah jual juga beberapa unit di sini. Jadi dengan itu nak mohon loan pun tak ada masalah juga. 

Jadi sebenarnya isu strata title belum keluar bukan masalah besar dan boleh urus.

 

actual unit admin. Sewa sini memang hot especially penyewa lelaki

Macam mana cara terbaik untuk dapat kan keuntungan pelaburan.

Bila kita melabur ada 2 perkara yang kita mahukan iaitu rental yield (keuntungan dari sewaan) dan capital appreciation ( keuntungan dari peningkatan harga).

 

Rental Yield (Keuntungan dari Sewaan)

Cara untuk dapatkan keuntungan adalah dengan memastikan sewaan mesti lebih daripada bayaran ansuran bulanan. Katalah dijual pada RM 250,000 , jadi instalment dalam RM1250. So, kalau nak untung , kena lah lebih dari RM 1250. Nak dapat lebih dari jumlah tersebut tak dapat kalau sewa satu rumah macam tu je. Caranya adalah pecah bilik.

Option 1 – Sewa ikut bilik.

  • Bilik Master : RM 700 (boleh muat 2-4 orang)
  • Bilik Medium : RM 500 (boleh muat 2 orang)
  • Bilik Single : RM 400 (Seorang atau 2 orang)

Total : RM 1600.

Keuntungan kasar RM 1600-RM1250 : RM350. OK kan ni?

ini memang actual unit admin. bilik master ni muat 3 orang. nak isi 4 orang pub boleh.

Option 2 – Sewa per kepala

  • Bilik master boleh muat 4 orang.  Seorang RM 250 x 4 : RM 1000 (Katil double decker)
  • Bilik Medium boleh muat 2 orang . Seorang RM 280 x 2 : RM560
  • Bilik single boleh muat 1 atau 2 orang. Seorang RM 250 x 2 : RM 500

Total : RM 2060

Keuntungan kasar RM 2060 – RM 1250 : RM 810… Fuhhhh!! ni lagi OK kan?

Nak lagi dahsyat boleh partition kan living hall dan tambah 1 bilik lagi. Boleh muat 2-3 orang lagi. Jadi boleh dapat tambahan dalam RM 500-600 lagi! So keuntungan boleh cecah hingga RM 1300!!!! Menarik kan?

Ini confirm boleh buat tapi ada syarat nya.

 

Capital Appreciation ( keuntungan dari peningkatan harga).

Maksudnya, kita beli pada harga yang rendah dan kemudian jual semula pada harga yang tinggi bila harga semasa sudah sampai jumlah tersebut. Katalah macam ni. Harga ditawarkan adalah RM 270,000. Dapat negotiate harga dalam RM250,000. Jadi dah RM 20,000 kurang dari harga asal. Harga market pun dalam RM280,000-290,000.

Itu harga tahun 2017.

Bila kita tunggu sambil tu sewa kan kepada penyewa, dan kemudian 5 tahun lagi jual semula. Harga pada waktu tu bukan lagi RM 250,000 kan. Harga semasa 2017 pun dah RM 280,000 , jadi katalah dalam 5 tahun lagi, amat lah logik kita anggar kan harga semasa boleh cecah RM 330,000-350,000.

Jadi selepas 5 tahun tersebut,  harga jual pada RM 300,000 pun anda dah untung kasar RM 50,000.. Mana nak dapat keuntungan dalam RM 10,000 setahun. Menyimpan sendiri pun belum tentu dapat simpan banyak macam tu.

bilik middle room unit admin. admin ada beberapa unit di sini

 

Apa Investment Plan Untuk Apartment Ni?

Beli – Sewa Per Kepala – Jual

Beli

Saya cadang kan Tuan Puan pembaca beli dahulu. Beli pada rate RM 250,000-RM280,00 masih lagi OK. Lebih dari tu agak mahal. Depends juga kenapa Tuan Puan beli pada harga RM270/280,000. Kalau dah ada penyewa dan sekali dengan perabot, OK harga tu. Tak perlu pening kepala dah.

Sewa Per Kepala

Dalam tempoh 5 tahun tu kalau semua ideal, dan kalau ikut kan pun memang senang dapat penyewa, Tuan Puan boleh dapat atleast RM500 tambahan sebulan dalam punca pendapatan Tuan Puan. Maksudnya dalam tempoh 5 tahun Tuan Puan boleh dapat RM500 x 12 bulan x 5 tahun : RM 30,0000!!

Jual Semula Pada Harga Sekurang Nya RM 300,000.

Bila dah lepas 5 tahun, Tuan Puan boleh jual kan balik dan boleh dapat kan keuntungan kasar dalam RM 50,000 sekurang nya. Kenapa kami yakin boleh buat sebab kami ada dapat info berkaitan Perdana Apartment dan apa tindakan untuk memperbaiki Perdana Apartment yang kami yakin boleh jadikan ianya sangat sangat sangat menguntungkan.

 

 

So macam mana? Bagus kan? Ni peluang yang ramai orang tak nampak, tapi sure boleh buat.

Kalau Tuan Puan berminat, kita boleh tengok peluang yang kita boleh teroka di Perdana Apartment ni. Boleh lah Tuan Puan isi maklumat pada borang di bawah. Nanti wakil kami di Perdana Apartment akan hubungi Tuan Puan semula.

[ninja_form id=5]

By Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

3 replies on “Perdana Apartment Seksyen 13: Lubuk Duit Pelaburan Hartanah Di Shah Alam”

Saya berminat untuk discuss possibility untuk beli apartment ini. Saya bekerja di overseas tapi mak saya akan manage investments saya while I am here. Whatsapp saya +60162748757

Tuan Anwar.

Boleh isi kan maklumat di borang yang di sediakan? Pihak kami akan hubungi Tuan dengan segera.

Secara luarannya,Apartment Perdana nampak seperti tidak diurus dengan baik.Nampak terlalu aging (cat lama,kawasan tidak ceria).Adakah pihak JMB tidak mengambil tindakan untuk mencantikkan apartment?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.