Setiap dari kita sukakan kediaman yang cantik. Tetapi kita tak boleh lari dari hakikat yang tak semua dari kita boleh beli rumah yang cantik dan besar. Walaupun begitu, setiap dari kita boleh menghias rumah dengan cantik. Kali ini kita nak bawak semua tengok satu apartment ni. Luar flat dalam kondo! Jom kita tengok macam mana akak ni renovate flat PKNS.

Katanya rumah ni hanya berkeluaasan 550 sqft sahaja. Pada awalnya rumah ni nampak teruk dan sedih lah nak di duduki. Tetapi dengan kreativiti pemilik, rumah ini luar flat tapi dalam berubah macam kondo!

Jom tengok.

Pintu luar

Awalnya pakai grill hitam lama. Dinding juga cat lama yang kusam. Paip air(atau aircond) tersembul keluar tak kemas. Bila dia renovate, grill hitam tukar jadi putih. Dan dinding luar di car semula. Pintu kayu pun di tukar ke pintu putih yang lebih elegan.

ruang tamu

Dinding dahulu kusam warna hijau lumut. Lantai hanya pakai tikar pvc. Siling pula dari binaan asal. Bila di ubah, pemilik guna 2 tona warna; biru gelap dan biru cair. Lantai pula di pasang tiles dan siling pula dipasang plaster siling yang cantik siap dengan pencahayaan yang bagus.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

ruang tamu 2

Ruang kosong belakang di pecahkan dan di buat dining area. Pintu pula di ganti dengan pintu berwarna putih yang lebih cantik. Pilihan perabot pula menyerlahkan lagi seri rumah.

bilik master

 

bilik master

Warna hijau kusam diganti dengan warna biru cair. Lantai pula dipasang tiles. Yang cantiknya, pemilik menambah fit-in wardrobe yang datang sekali dengan cermin. Ini menambahkan lagi ilusi keluasan dalam bilik ini.

 

Dapur

dapur

Sebelum ini tiles dinding nya kopak. Pemilik kemudiannya memasang tiles dari lantai hingga ke dinding atas kemudian menambah table top yang cantik dan elegen.

Ruang laundry room

Ruang laundry room yang biasa orang tak kisah pun di renovate cantik.

 


Cantik pemilik rumah ni renovate rumah dia. Nampak ceria dan cantik.

Bukan bermakna tinggal di rumah kos rendah atau rumah flat, maka rumah kita pun tak terurus. Kita boleh jadikan ianya syurga kita yang bilamana kita balik ke rumah, kita rasa seronok. Biar orang tengok luar flat dalam kondo!

Cuba lah try, mana tahu dengan renovate cantik-cantik, rumah anda boleh jadi sama cantik macam rumah akak ni.