Kes Rumah Selangorku Lagi? Nasihat Untuk Kerajaan Negeri Selangor

Ingatkan kes Rumahku Selangorku ni dah reda, rupanya masih banyak lagi yang berbangkit. Kerajaan negeri takkan tutup mata sahaja kot berkenaan isu ni? Padan pun kita yang patutnya mampu mendapat sebuah rumah dari skim ini, tiba-tiba tak layak! Kita dah lebih dari layak tahu, lagipun kami ni baru first time nak beli rumah. Umur kami dah hampir memncecah 40, takkan masih lagi nak terus menyewa!

Ramai kapitalis yang memborong rumah melalui skim Rumahku Selangorku sampai tak ada tinggal sikit pun untuk yang benar-benar layak. Sudah tu, mereka pulak melanggar kontrak sewenang-wenangnya dengan menyewa kembali rumah tersebut kepada orang ramai terutamanya pelajar. Kasihan mereka yang benar-benar berkelayakan untuk mendapat rumah dari skim ini terpaksa ditindas dengan mereka yang laparkan keuntungan seperti mereka.

Ini dia beberapa nasihat yang ingin disampaikan oleh saudara Bilal Jailani untuk perhatian kerajaan negeri Selangor untuk diberi perhatian sepenuhnya.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

  1. Carian di Mudah.my mendapati banyak rumah Selangorku Damai Residensi Bandar Baru Bangi disewakan secara terang-terangan. Rumah yang siap pada 2014 ini sepatutnya wajib diduduki oleh pembeli sehingga 5 tahun sebelum dipindah milik atau disewakan.

  2. Menurut sumber PKNS, rumah Selangorku Bandar Baru Bangi adalah rumah mampu-milik untuk generasi muda, dan ia telah habis dijual pada harga RM60,000 hingga RM190,000. Rumah Selangorku Bandar Baru Bangi adalah rumah Selangorku yang pertama dan amat dibanggakan oleh kerajaan negeri ‘berkebajikan’ ini.

  3. Sebagai anak jati Bandar Baru Bangi dan pengundi DUN Bangi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan negeri pernah melakukan semakan terhadap penghuni rumah-rumah ini? Jika tidak pernah, adakah wujud pelan untuk melakukan semakan?

  4. 9 Disember 2017 semalam kita dihebohkan dengan rumah Selangorku Setia Ecohill Semenyih yang berharga RM100,000 seunit. Adik saya sempat pergi ke sana untuk mencuba nasib, tetapi pulang tangan kosong kerana pengunjung sudah beratur dan bermalam sejak Jumaat 8 Disember 2017. Persoalannya, adakah pengunjung yang berjaya mendapatkan hak membeli rumah itu benar-benar golongan sasar?

  5. Kegagalan kerajaan negeri menjelaskan persoalan ini hanya akan membawa kepada runtuhnya kepercayaan rakyat marhaen kepada parti-parti komponen kerajaan negeri di kala pilihan raya semakin hampir ini.

Percayalah jika perkara ini masih tidak mampu dibendung, maka semakin hilang rasa percaya oleh rakyat terhadap kesemua parti komponen kerajaan negeri di kala pilihan raya yang semakin hampir ini. Lagipun kita Cuma menyampaikan sahaja, tidak mahu pula orang yang benar-benar memerlukan tidak dapat, kapitalis yang gilakan harta dan wang ringgit ini pula nanti bermaharaja lela.

Berikan kepada yang berhak dan banteras penyalahgunaan skim ini, itu sahaja yang kami minta!