Kerana Teknologi IBS: Rumah Siap Dengan Pantas!

Teknologi IBS bukanlah perkara asing bagi kontraktor perumahan tetapi mungkin tidak bagi netizen macam kita-kita semua. Pertama kali saya mendengar tentang IBS adalah apabila Boy Iman Pengarah Urusan DBI direman baru baru ini. DBI Properties mendakwa mereka mampu menawarkan harga rumah yang murah kerana mereka menggunakan teknologi IBS dalam pembinaan rumah syarikat mereka.

Artikel saya hari ini bukanlah untuk menyelidik sama ada Boy Iman adalah di pihak yang benar atau salah. Saya bukan hakim. Tapi lebih kepada rasa ingin tahu tentang teknologi IBS itu sendiri.

Teknologi IBS Mampu Kurangkan Harga Rumah

Construction Industry Development Board (CIDB) Senior General Manager, Datuk Elias Ismail mendakwa teknologi IBS mampu menurunkan harga rumah yang makin mendesak netizen waktu ini.

“Pemaju lebih suka membina rumah secara tradisional. Pembinaan rumah secara tradisional bermaksud semua akan dibina di tapak pembinaan. Bancuhan simen, sususan batu bata dan balak, semuanya akan dibuat di tapak pembinaan. Cara ini amat berlainan dengan IBS”.

“Dengan IBS, setiap bahagian rumah akan dihasilkan di kilang dan di hantar ke tapak pembinaan untuk dipasang. Cara ini sememangnya lebih efisen dan pantas berbanding cara tradisional.”

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

“Walaupun kos pengangkutan adalah satu elemen yang perlu diambil kira apabila membina rumah secara teknologi IBS, penghasilan dengan skala besar mampu menurunkan harga rumah semasa”.

Walaupun Datuk Elias mengakui bahawa teknologi ini mampu membawa perubahan kepada sektor perumahan, kesedaran netizen tentang IBS masih amat rendah.

Industrialized Building System (IBS)

IBS adalah sistem pembinaan menggunakan struktur panel modular. Panel ini terdiri dari dua jejaring dawai High Tensile Carbon SteelĀ dan lapisan dalaman penebat haba EPS yang dicantumkan dengan kimpalan electrofusion.

Terdapat pelbagai jenis panel yang digunakan untuk bahagian – bahagian tertentu dalam rumah. Contohnya:

Prosedur Pemasangan IBS

Prosedur pemasangan IBS boleh diringkaskan dengan 8 langkah:

Sumber: IBS Focus

IBS Lebih Kukuh Dan Ringan

Walaupun rumah yang dibina dengan teknologi IBS lebih cepat siap, ini tidak bermakna kualiti IBS tidak seberapa. Kalau anda nak tahu, panel IBS ini sudah terbukti lebih kukuh dan ringan berbanding batu-bata binaan biasa. Tak percaya? Anda lihatlah sendiri.

Selain itu, teknologi pembinaan IBS juga didakwa mempunyai daya tahan gempa bumi, kebocoran air dan api yang lebih tinggi berbanding batu-bata biasa.

Jika anda berminat untuk membina rumah dengan teknologi IBS, anda sebenarnya boleh mendapatkan quotation daripada kontraktor – kontraktor perumahan sebelum membuat keputusan. Banyak sebenarnyan kontraktor di Malaysia yang menawarkan teknologi ini. Cuma tinggal kita nak ambil tahu atau tidak. Laman web mereka pun ada saya sertakan di artikel ini.

Tapi INGAT! Jangan lupa pastikan kontraktor pilihan anda itu sememangnya berdaftar dengan CIDB atau SIRIM. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali.

IBS adalah teknologi yang bagus. Kita tak mahu scammer mengambil peluang mempromosikan IBS sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan. Hasilnya, semua orang akan takut apabila ada kontraktor atau pemaju yang menawarkan teknologi ini kepada pembeli.

Rujukan:

  1. The Star
  2. BGMC Asia
  3. IBS Focus
  4. Sinar Harian

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.