Mesti korang sekarang ini selalu dengar iklan IJM land, Matrix Concept ataupun Sime Darby yang cakap Work in Kuala Lumpur Lives in Seremban 2. Apa ini? Kenapa aku kerja kat Kuala Lumpur nak beli rumah di Seremban pula? =D Ini sebab korang tak tahu lagi dengan projek besar-besaran yang dinamakan Vision Valley di Negeri Sembilan.

Apa itu Vision Valley?

Vision Valley ini adalah development Metropolis berkelas dunia yang dijangka boleh menarik sebanyak RM 290 Billion pelaburan untuk mengubah taraf penduduk di Negri Sembilan. Projek ini mempunyai keluasan 153,000 ha. Lebih kurang dua kali ganda lebih besar dari Singapura, bermula dari Port Dickson, Seremban, Nilai sehingga berdekatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib berkata Vision Valley akan mempunyai  5 Cluster iaitu :

  1. Central Business District
  2. Nature City
  3. Educational and Technology Valley
  4. Pusat Pelancongan
  5. Perumahan

Jika korang drive, dalam 1 jam dari bandar Kuala Lumpur.

Jadi admin share sikit peta Vission Valley.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Prospek Ekonomi

Lokasi Negri Sembilan yang strategik dan kenaikan ekonomi akan menarik pekerja untuk tinggal di Negri Sembilan.

Kawasan bandar Negeri Sembilan, seperti Nilai dan Seremban, adalah kurang padat daripada Lembah Klang, dengan itu harga tanah dan pasaran hartanah lebih murah. Ia juga memberikan Negeri Sembilan kelebihan lain: ruang untuk membina perbandaran mengikut reka bentuk yang baik, seperti Bandar Ainsdale dan Nilai Impian. Pelan induk untuk Malaysia Vision Valley (lihat di bawah) memberikan Negeri Sembilan potensi untuk menawarkan semua kemudahan Lembah Klang, hanya lebih baik. Dengan kata lain, Negeri Sembilan akan berkembang seiring dengan keperluan anda, dan keluarga anda.

Harga RUmah Seremban : Vision Valley di Negeri Sembilan

Harga Rumah Nilai : Vision Valley di Negeri Sembilan

Kalau korang lihat graf diatas, korang boleh nampak trend penjualan mengikut harga rumah. Di Seremban, Nilai korang masih lagi dapat rumah teres dengan harga RM 300,000 berbanding Kuala Lumpur korang boleh dapat SoHo sahaja.

Apa yang menyebabkan Vision Valley Menarik? AkA Game Changer.

Dari dahulu sampai sekarang Negri Sembilan memang ada disebelah Kuala Lumpur. Tapi dulu tak ada siapa nak beli rumah kat situ, kenapa sekarang?

Jawapanya adalah :

Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail

HSR : Vision Valley di Negeri Sembilan

Dengan adanya HSR ini, akan mengurangkan travel time dari Seremban ke Kuala Lumpur.

Sempat untuk korang bermain dengan anak-anak korang bila balik kerja.

Jawapan yang kedua adalah :

Lebuh Raya yang mepunya 4 lane

Korang tahu tak sekarang highway ke Nilai Seremban ada 4 lane? Jadi “jem” pun tak seteruk dulu dah.

InsyaAllah waktu travel itu berkurangan. Kalau susah sangan boleh naik motor ^^ Baru CUWEET naik motor dengan wife. =D

Setakat ini je dulu admin kongsi tentang Vision Valley ini.

Nanti Admin akan kongsi projek-projek perumahan apa yang best di Vision Valley ini.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.