KakiReview : 5 Kolam Renang yang paling best di Lembah Klang

Assalamualaikum pembaca semua,

Admin nak bertanya, apa beza rumah teres dengan kondo? Ada orang kata beli rumah teres dapat tanah, kalau beli rumah kondo dapat angin ???

Apa yang best kalau beli kondo adalah kemudahan yang tersedia. Kalau kerja ditengah bandar, hari-hari stress, jam la, tol la, kena bayar parking. Lepas tu kena saman sebab parking illegal. Jadi kepada orang bandar atau keyell nie. Kemudahan yang disediakan oleh kondo adalah penting. Bayangkan balik kerja penat-penat boleh terus berenang dengan isteri dekat dalam kolam. Fuh.. tak tido malam ?

Jadi hari ini kita akan tengok 5 Kolam renang yang paling best di Lembah Klang dan sekitarnya.

  1. Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail

    Kalau korang baca list-list kaki property mesti regalia ini No.1 atau No.2 kondo paling best di Kuala Lumpur. Bukan sahaja lokasi Regalia ini PRIME, tetapi kemudahan yang disediakan best dan dijaga dengan baik. View menghadap KLCC dan Menara Kuala Lumpur memang sangat cantik. Kolam renang jenis Infiniti mebuatkan kita akan asyik dengan pemandangan.

  2. The Elements, Ampang

    The Elements, Ampang pula jatuh ketempat kedua. Lokasi yang bertentangan dengan Regalia (bukan seberang jalan ye) The Elements berkongsi pemandangan yang cantik menghadap KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Layout kolam renang juga luas. Jadi boleh berenang sampai puas. Sambil berenang korang ajak la  isteri bersenam di gym. Lelakikan makin bulat perut makik tinggi saham. Jadi korang boleh bersenang lenang mandi kolam sambil tengok isteri bersenam. Jadi kalau ada lelaki lain nak kacau isteri korang dah boleh nampak dari jauh. Safe!

  3. Verve Suites, Mont Kiara

    Lagi satu kondo yang mempunya kolam renang ditempat yang tinggi. Kolam renang infinity yang cantik boleh menghilangkan penat berkerja. Kolam renang berkonsepkan pantai di awan sangant memukau mata. Kolam renang ini juga lengkap dengan jakuzzi buih! Rakan korang yang nak tumpang mandi pun takkan balik rumah sendiri dah. Kolam renang ini juga lengkap dengan taman meditasi. Boleh la kita tengok orang beryoga.

  4. Capri by Fraser

    Kolam renang yang boleh membuatkn korang gayat adalah kolam renang Capri by Fraser. Dinding kaca yang digilap sehingga korang tak perasan pun ada dinding kaca. Pemandangan disini sangat luas sebab tidak ada lagi kondo yang setinggi Capri dikawasan ini.

  5. The Face @ Platinum Suites Kuala Lumpur

    Sebenarnya kondo The Face yang paling admin suka antara semua.? Kenapa dia duduk di no 5? kerana admin kawan admin kata admin tidak ada taste. ??. Jadi kami buat keputusan secara sepakat. Okay, kenapa admin paling minat yang ini? Kolam renang dia panjang! 38 meter! Sekali berenang boleh hilang 10kg. Kolam ini juga ditingkat 51! Jadi view yang korang akan dapat sebijik macam gambar. Bayangkan berenang disini sewaktu tahun baru. Bunga api macam meletup didepan mata. Kalau korang ada kesempatan dan duit, cuba ambil airbnb dan cuba berehat disini. Insyaallah segar. Tak perlu nak melancong keluar negara kalau dapat menginap disini walaupun satu malam. ?

Setakat ini sahaja coretan admin hari ini. Harap terhibur.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

https://www.facebook.com/kakiproperty.my/

#kakiproperty

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.