Gunakan Cara-Cara Ini Untuk Jimatkan Ruang Dapur

Setiap komponen dalam dapur yang kecil dan padat mestilah dirancang dengan sebaik mungkin, dari susun atur hingga ke peralatan di dapur. Masalah dapur sempit memang jadi major turn off buat mereka yang suka memasak di rumah. Biasanya mak mak lah yang akan mengeluh pasal benda ni.

Jadi, kalau anda bukan golongan mak mak pun, apa salahnya anda bantu mereka dapatkan keselesaan semasa memasak. Yang memasak happy, yang makan lagi happy. Kan syok tu. Anda boleh guna 6 cara bijak ni untuk jimatkan ruang dapur di rumah anda.

#1. Catkan Dapur Anda Dengan Warna Putih

Cara jimatkan ruang dapur

Pemilihan warna yang cerah dapat beri perspektif yang berbeza. Dari sudut penglihatan, ruang yang kecil akan kelihatan besar dengan hanya mengubah pilihan warna pada dinding dapur. Oleh itu, jadikan cat berwarna putih sebagai kawan terbaik anda di dapur kecil. Ia dapat mencerminkan cahaya dan dapat meningkatkan keluasan ruang dapur. 

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

#2. Cahaya Semulajadi Yang Banyak

Pencahayaan semulajadi mempunyai keupayaan untuk mengembangkan sebarang ruang, menjadikannya lebih besar dan lebih cerah. Walaupun dapur anda hanya mempunyai satu tingkap, anda boleh mengoptimumkan cahaya dengan membukanya semasa anda di dapur. Jangan letak barangan berdekatan tingkap, ini akan menyekat pencahayaan untuk terus masuk.

#3. Susun Barang Secara Praktikal

Cara jimatkan ruang dapur

Di dapur kecil, susunan barang yang tidak betul menjadi salah satu sebab ruang dapur anda terhad. Oleh itu, susun setiap perlatan dan barangan secara praktikal. Misalnya, gantungkan kuali anda pada penggantung dan susun pinggan yang telah dibasuh di atas rak pinggan. Pastikan ruangan kaunter memasak dan membasuh pinggan clear daripada apa-apa barangan yang tak sepatutnya ada.

#4 Gunakan Rak Yang Terbuka

Pertimbangkan untuk menambah rak terbuka kecil untuk menyimpan barangan. Melalui cara ini, ruang dapur anda akan kelihatan berbeza dan lebih memudahkan anda capai barangan yang selalu digunakan seperti pinggan dan peralatan memasak yang lain. Untuk nampakkannya lebih menarik, anda boleh juga letakkan buku menu memasak dan pasu bunga.

#5 Kongsi Ruang Dapur dengan Ruangan Lain

Cara jimatkan ruang dapur

Jika ada dinding pemisah, keluarkan dinding antara dapur dan ruangan sebelah. Walaupun ia tidak akan meningkatkan jumlah ruang yang anda miliki untuk dapur, tetapi anda akan berasa ruangan itu lebih besar kerana dapat melihat dengan lebih jauh. Contohnya, ruang makan dan dapur, anda gabungkan sekali. Mesti nampak luas punyalah.

#6 Minimumkan Barangan Di Dapur

Letakkan barangan yang senang dilihat dan penting sahaja di dapur supaya ruangan dapur anda tidak kelihatan serabut. Terlalu banyak paparan barang akan menyebabkan dapur kelihatan lebih kecil. Jika jumlah yang betul diletakkan di dapur, ia akan memberi ilusi dan ruang anda jadi lebih besar.

BACA: 5 Tips Renovate Kitchen Cabinet

Kesimpulan

Tidak ada sebab mengapa dapur kecil tidak boleh menghasilkan gaya yang menarik dan merasa lebih luas. Hakikatnya, dapur apa-apa saiz pun boleh berasa lapang jika anda tahu beberapa helah reka bentuk mudah untuk membuat sebahagian ruang itu kelihatan besar.

Moga berbekalkan cara mudah ini dapat bantu memberi idea kepada anda dalam mengubah dapur anda menjadi sebuah dapur yang jimat ruang.