KakiReview

Eco Grandeur, Puncak Alam. Kehijauan dalam taman.

Eco Grandeur,Puncak Alam

Bagi mereka yang ingin merghirup udara segar, dan jauh daripada hiruk pikuk kota. Eco Grandeur menyajikan kepada anda suasana nyaman dan kehijaunan dalam taman. Landskap yang menampilkan eleman alam sekitar menambahkan suasana mewah kepada penghuninya.

Projek Eco Grandeur,Puncak Alam

Eco Grandeur,Puncak Alam oleh Eco World. Lagi satu projek harta tanah Gated and Guarded yang terletak di tanah seluas 1400 ekar di Puncak Alam. Bakal menjanjikan satu landskap yang mewah serta kawasan istirahat yang menenangkan kepada Grandeurian.

 

Sebanyak 11,000 unit kediaman akan disediakan oleh Eco World dalam tempoh 10-15 tahun akan datang. Daripada 1400 ekar, 200 ekar telah diperuntukkan bagi tujuan komersil. Malah, tanah seluas 280 ekar telah diperuntukkan untuk projek Rumah Selangorku di Eco Grandeur!

Perancangan Eco World

di atas tanah seluas 1400 ekar.

Kini Eco World sedang mendirikan projek Eco Business Park V yang merupakan pusat industri hijau terpadu di atas tanah seluas 528 ekar.

Lanskap Eco Grandeur,Puncak Alam

Antara kelebihan menginap di Eco Grandeur ialah kawasan hijau yang melebihi 20% di sini.  Laluan berbasikal yang selamat akan turut akan disediakan di seluruh Bandar Eco Grandeur. Penduduk Eco Grandeur dapat menikmati gaya hidup yang hijau dan sihat dengan adanya 62 ekar tasik Dragonfly dan taman-taman seluas 60 ekar. Pasti anda tidak akan kecewa dengan pencarian ‘rumah indaman’ berlanskapkan kehijaun alam semulajadi.

Mungkin, Mobike boleh berkolaborasi dengan pihak Eco Grandeur. Memandangkan banyak taman-taman yang menarik di sini. Yang pasti, mungkin sekarang kita membayangkan suasana berbasikal di sekeliling Eco Grandeur.

 

Akses ke Eco Grandeur.

Meskipun kelihatan jauh dari lokasi bandar, Eco Grandeur sebenarnya boleh diakses dari lokasi utama di Lembah Klang. Melalui:

  1. Lebuhraya Koridor Guthrie.
  2. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
  3. Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).
  4. Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
  5. Cadangan Ekspres Damansara-Shah Alam (DASH) (Menghubungkan Eco Grandeur ke Kota Damansara, Damansara Perdana, dan Mutiara Damansara.)

DASH pasti akan menjadikan Puncak Alam lebih dekat ke Petaling Jaya!

Dari Cahaya SPK, hanya 17 km untuk ke Eco Granduer dan kira-kira 20 minit perjalanan!

 

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

https://www.facebook.com/kakiproperty.my/

#kakiproperty

Leave a Reply