Cara untuk Beli Rumah Selangorku

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana nak beli rumah Selangorku nie!!!!

Sebelum saya cerita macam nana nak beli rumah selangor ku, jom kita tengok latar belakang rumah Selangorku. Rumah Selangorku ini adalah rumah kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan mampu milik yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Rumah ini adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan penduduk Selangor dapat membeli rumah melalui aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

Sebelum korang nak beli rumah selangorku, semak kelayakan korang dulu. Jangan main hentam nak beli je.

Harga Rumah Selangorku

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. MURAH kan?

Saiz Rumah Selangorku

Keluasan rumah adalah diantara 750 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

 

Kelayakan membeli rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan

Cara membeli rumah selangorku.

  1. Daftar mengikut IC korang disini.
  2. Pilih nak rumah mana dengan klik disini. Seperti contoh, korang pilih la Apartment Bestari (Jenis C). cari la rumah yang sesuai dengan korang ye. jangan main beli je, sebab rumah ini TIDAK BOLEH DISEWA. Cari dan pilih betul-betul
  3. Sediakan Dokumen yang perlu, sebab korang kena upload dokumen ini.
    1. Kad pegenalan Depan/ Belakang
    2. Surat Nikah / Pengesahan Bujang
    3. Penyata Gaji pemohon.
    4. Kad pengenalan pasangan
  4. Selepas korang dah upload dokumen ang diperlukan, korang klik je butang Hantar Permohonan. Siap!

Sekarang ini korang perlu tunggu je bila nak pilih unit. Rajin-rajin semak status permohonan korang. Jangan sampai terlepas. Rugi. Rumah selangorku memang murah.

Setakat ini sahaja saya kongsi cara nak beli rumah selangorku. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web

http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php

Harap artikel ini dapat membantu korang membeli rumah.

Oh ya, kalau tak boleh nak beli rumah Selangorku sebab banyak syarat, boleh try tengok rumah SPNB di Cyberjaya ni!! 

 

 

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.