Nak cari property untuk investment sekarang bukan senang. Apa lagi property tu pulak investment yang baik. Tambah lagi best kalau dapat cashback dan pakej nya pun menarik, lagi lah beruntung.

Ini ada satu di Setia Alam. Ramai dah mula kenal kawasan ni. Tapi tak tahu yang sini sebenarnya lubuk duit. Bertahun dulu, rumah teres dijual dalam RM400K sahaja, sekarang dah cecah RM700K!!

Maklumat Tentang Projek FORUM.

FORUM Setia Alam adalah sebuah pembangunan bercampur (mixed development) di atas tanah seluas 13.56 ekar di tengah-tengah bandar Setia Alam.

Di dalam FORUM ada 5 buah komponen yang ada. FORUM di dasari oleh 2 elemen penting iaitu (1) Boulevard Walk, sebuah kompleks kedai yang antara penyewanya adalah Subway dan Secret Recipe dan (2) Lifestyle Mall iaitu sebuah kompleks membeli belah yang bakal menjadi pusat tumpuan di Setia Alam.

  • Nama Projek : FORUM Setia Alam
  • Jenis : SoHo (Mixed Development)- bagus untuk invest.
  • Harga : Dari RM300K sahaja
  • Tenure : FREEHOLD

5 Sebab Besar Kenapa Consider Setia Alam Untuk Pelaburan.

Ada banyak sebab kena consider Setia Alam especially FORUM ni untuk pelaburan. Setia Alam ni senang kata, kalau nampak bandar macam Shah Alam, macam itu lah jadinya Setia Alam dalam 5-10 tahun nanti. Tapi yang bagus lebih terancang dan lebih cantik.

1. Potensi Setia Alam Yang Sangat Besar!

Setia Alam ini kawasan yang amat berpotensi besar. Kalau perasan, ianya terletak di antara 2 bandar iaitu bandar kelang dan bandar shah alam. Bandar Kelang dan Shah Alam adalah 2 perbandaran yang dah ‘matured’. Tetapi Setia Alam pula pesat membangun dan pembangunannya terancang.

Orang dari Kelang dan Meru banyak datang ke Setia Alam untuk membeli belah. Tambah pula banyak industry diwujudkan di Setia Alam dan sekitar.

2. Developer Jerung Dah Masuk Ke Setia Alam.

Disebabkan itulah pemaju besar seperti SP Setia dan EcoWorld masuk ke Setia Alam. Begitu juga Sunsuria yang masuk ke Setia Alam dengan Projek FORUM ni. PKNS juga pun ada projek di Setia Alam.

sumber dari laman web ecoworld

Kalau lah Setia Alam ini tak berpotensi tinggi, kenapa pemaju besar ini masuk ke Setia Alam beramai-ramai.

Sebelum mereka memulakan pelaburan mereka untuk membina projek di sini, mereka dah lakukan “due diligence” yang cukup ketat bagi memastikan projek yang mereka jalankan laku dan berpotensi tinggi.

3. Projek Ni Adalah Mixed Development. Macam MidValley atau Publika.

Projek FORUM ini adalah mixed development. Dasar(base) kepada FORUM adalah shoplot dan mall nya. FORUM Mall ini adalah anchor kepada seluruh projek FORUM Setia Alam. Shoplot nya pula bersambung dengan mall tersebut.

Di atas mall ini nanti akan di bina sebuah service apartment, SoHo dan juga sebuah menara pejabat.

Jadi senang cerita bayangkan yang FORUM Setia Alam ini macam MidValley city atau pun Publika. Jadi tak risaulah tentang kebolehan untuk unit kita disewakan sama ada kepada penyewa tetap atau dibuat AirBnB.

4. Tempat Lain Dah Susah Nak Beli

Ini FAKTA! KL dan Lembah Kelang semakin membangun. Nak tak nak, pembangunan itu akan terus berkembang ke kawasan sekitar. Dalam kawasan central Klang Valley, harga kebiasaannya dah melampau tinggi.

Jika di Shah Alam pun, harganya dalam RM300K juga. Bezanya di Setia Alam, dan lebih tepat lagi, FORUM, projek ini adalah satu projek besar mixed development yang terletak di tengah Setia Alam dalam kawasan yang amat berpotensi tinggi.

5. Pakej Dia Pun Menarik Dan Berbaloi Nak Beli

Umum tahu sekarang banyak projek dalam pasaran. Zaman 2010-2013 dahulu tak dapat rebate dan discount. Sekarang kerana banyak persaingan kita boleh tengok banyak pemaju yang menawarkan projek yang menarik.

Contohnya untuk projek ni, boleh dapat diskaun besar!! Dan ada juga pakej dalam projek ni yang dapat unit fully furnish hingga RM40,000.

Macam Mana Boleh Dapat Cashback RM37,0000? Dan Apa Pakej Lain?

OK. Sekarang kita dah setuju yang FORUM ni bagus untuk investment, jadi macam mana nak dapat cashback hingga RM37,000 tadi?

Sebenarnya, projek SoHo ni ada banyak pakej. Jadi untuk pelabur senang lah nak pilih mana yang sesuai dengan keperluan dan target pelaburan.

Salah satu pakej yang ada, adalah pakej yang diberi diskaun besar. Oleh itu anda tak perlu lah nak bayar deposit, hanya bayar booking sahaja dan boleh dapat lagi cashback RM34,000!!

Selain pakej tu ada juga pakej diskaun dan dapat unit fully furnish. Ini kalau kita dah tak nak penat dan pening untuk renovation, kita ambil sahaja pakej ni dan terus dapat unit yang dah siap masuk cuci kaki! Terus bagi sewa atau buat AirBnB.

Boleh Buat Untung Ke Beli FORUM Ni?

Kalau tak boleh, kami tak lah cakap. Hahaha. Nak dapatkan keuntungan ni sama ada dari keuntungan sewa atau keuntungan dari harga naik nanti.

Kalau tahu lah di kawasan Setia Alam ini, kondo Trefoil adalah sangat terkenal kerana menjadi tempat tumpuan sebagai rumah penginapan homestay/airbnb.

AirBnB di Trefoil menjadi kunjungan ramai disebabkan tak ada hotel yang cantik berdekatan dan juga di sini banyak orang luar yang datang sama ada atas urusan berehat hujung minggu atau menghadiri program di Pusat Konvensyen Setia City yang sentiasa penuh!

Jadi projek FORUM ni juga berpotensi besar untuk AirBnB. Dengan caj RM150/malam untuk 15 malam sahaja sebulan dah cukup untuk bayar instalment.

Dan lagi satu, dengan potensi besar Setia Alam ni, yang akan meningkat dan matang dalam 5-10 tahun lagi, dah pasti harga pun akan naik. Dulu orang beli rumah teres dalam RM400K sahaja sekarang dah nak cecah RM700K bahkan ada yang lebih. Dan harga di sini tak pernah turun!!

Bayangkan peluang besar yang anda dapat bila melabur di FORUM ini.

Macam mana? Berminat kan?

Apa kata isi je borang di bawah. Banyak lagi maklumat dan offer kami tak cerita di sini. Nanti wakil pemaju akan hubungi anda semula.