Sejak beberapa tahun yang lalu, terlalu banyak kejadian bencana berlaku di Malaysia. Lebih parah ada pihak yang tunding menunding jari untuk mencari siapa yang bersalah dalam hal-hal bencana yang berlaku baru-baru ini. Tambah lagi baru-baru ni Pulau Pinang sendiri mengalami banjir besar! Tahu tak Australia pun kena banjir?

Masalah bencana di Malaysia bukan perkara baru. Tetapi sering dihadapi setiap tahun. Hari ini, kita mungkin memerlukan strategi untuk mengawal dan mengelakkan dari perkara ini terus berulang.

Bagaimana Australia mengatasi masalah bencana banjir besar?

The Queensland Flood, Australia in 2011

Banjir besar di Queensland, Australia pada 2011 telah menyebabkan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

35 orang mati

56,200 tuntutan insurans.

$2.55 billion bayaran tuntutan .

28,000 rumah perlu dibina semula.

3,570 premis perniagaan dan komersial kerugian

$4 billion kerugian dalam sector agrikultur,perlombongan dan pelancongan

Sepanjang 19,00km jalan raya  dan 28% rangkaian kereta api  Queensland rosak.

Bagaimana Australia mengatasi masalah bencana banjir & strategi mereka.

1. Prinsip utama untuk pengurusan bencana di Queensland

Lima prinsip panduan untuk pengurusan bencana

  1. Pendekatan yang komprehensif
  2. Pendekatan kesemua jenis bahaya
  3. Pendekatan kesemua agensi
  4. Keupayaan pengurusan bencana tempatan
  5. Komuniti yang berdaya tahan

2. Perundangan dan dasar perancangan negeri untuk Pengurusan Bencana.

The Queensland Disaster Management Act (2003) telah membentuk asas perundangan untuk pengurusan bencana.

Untuk setiap negeri, daerah bencana dan kawasan kerajaan tempatan. Mereka telah menyediakan penyediaan pelan dan garis panduan pengurusan bencana. Contohnya,  Dasar Perancangan Negeri 1/03: mengurangkan kesan buruk banjir, kebakaran hutan dan tanah runtuh.

3. Struktur tadbir urus untuk pengurusan bencana.

Pengurusan bencana di Australia melibatkan semua peringkat kerajaan. Ianya ditubuhkan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan. Ketiga-tiga peringkat ini disokong oleh coordination centre  mereka sendiri.

Di Australia, kerajaan tempatan adalah agensi utama untuk menangani kejadian bencana setempat. Tanggungjawab Kerajaan Tempatan amat penting untuk mewujudkan Kumpulan Pengurusan Bencana  dan mengekalkan pelan pengurusan bencana setempat.

Manakala, kumpulan Pengurusn Bencana Daerah bertanggunjawab menyokong kumpulan pengurusan bencana kerajaan tempatan dalam operasi bencana.

Agensi-agensi Negeri  pula bertanggungjawab untuk aktiviti pengurusan bencana dan menyelaras aktiviti-aktiviti di peringkat daerah. Malah turut memberi nasihat untuk menyusun strategi pengurusan bencana di peringkat kerajaan. Mereka juga bertanggungjawab untuk membangunkan pelan pengurusan bencana negeri sambil menyediakan garis panduan dasar untuk kerajaan tempatan di Queensland.

Di peringkat  persekutuan, Emergency Management Australia  adalah badan puncak yang menangani bencana tahap kebangsaan.

Terima kasih.