Apa nak buat kalau tenant tak bayar sewa!

Assalamualaikum rakan-rakan KakiProperty.

Lama menyepi sebab raya. =D Harap rakan-rakan masih setia membaca artikel KakiProperty.Hari admin nak berkongsi sedikit tips jika tenant korang tak bayar sewa. Ada banyak cara, tapi cara admin nak tunjuk hari ini berada ditengah-tengah. Maksudnya, tak menggunakan lawyer fee. Sebab ramai yang tak mampu nak menggunakan lawyer nie. Tetapi, ini adalah antara cara-cara yang rakan-rakan admin selalu guna. Bukan berkesan untuk semua ye.

1. Cuba hubungi tenant korang.

Langkah pertama apabila tenant korang lambat membayar sewa lebih dari tarikh yang ditetapkan iaitu setiap 7hb (kebanyakkan tenant agreement menyatakan perlu membayar sewa sebelum 7hb), korang cuba hubungi dia dahulu. Jangan gelabah lagi, sebab tu korang ambil 2 bulan deposite dengan 0.5 utilities. Cuba berunding dengan baik. Mungkin dia terlupa ke, atau tak habis beraya lagi.

2. Hantar warning letter

Apabila tenant korang masih belum bayar sewa, korang hantar warning letter selepas 14 hari dari tarikh pembayaran yang sepatutnya. Kalau boleh jangan pos. Hantar ke depan pintu rumah. Kalau tak berani, selit bawah pintu, dan ambil gambar. Pergi dengan kawan ye, jangan sorang-sorang. Kalau korang tak mampu nak bayar lawyer, ambil dari internet pun boleh. Kemudian hantarkan.

3. Hantar warning letter kedua

Wah, memang tegar betul tenant nie. Masih taknak bayar sewa. Kali ini korang hantar warning letter sekali lagi. Tulis warning kedua. Terus buat laporan polis. Beri sedikit masa lagi, tapi kalau tenant dah hubungi korang, cuba nego dan cari jalan penyelesaian.

4. Evacuation tenant!

Kalau dia dah hubungi korang, negolah baik-baik. Cari jalan penyelesaian keluar dengan elok. Setiap orang ada masalah masing-masing. Cuba saling memahami dan cari jalan keluar. Jika tenant koran masih tegar tidak mahu membayar sewa. Report lagi pada polis dan suruh polis ambil tindakan untuk keluarkan dia. Insyaallah masalah korang akan selesai.

Ada banyak pendapat sebenarnya, tutup bil air, tutup bil api dan sebagainya. Tetapi kita selesaikan dengan cara elok.

Harap artikel ini dapat membantu.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.