Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Apa itu Rumah Selangorku?


Apa itu Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku merupakan satu penjenamaan semula (rebrand) daripada penggunaan nama Rumah Kos Sederhana atau Rumah Mampu Milik. Malah, penggunaan nama Rumah Kos Rendah juga turut ditukar!

Secara ringkasnya, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes”. Rumah yang disediakan oleh pihak KNS akan memberikan keselesaan berdasarkan kepada faktor saiz, rekabentuk dan komuniti.  Objektif utama, dasar perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman yang sempurna’. Jadi, rakyat dan keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik,selesa dan selamat untuk didiami.

Rumah Selangorku adalah berstatus (STRATA) bagi jenis pembangunan berbilang tingkat.

 

Kenapa Rumah Selangorku Diperkenalkan?

  1. Jurang harga yang terlalu besar di antara rumah kos rendah dengan rumah yang biasa di pasaran.
  2. Jenis rumah harga sederhana (RM350,000 kebawah) tidak mempunyai banyak pilihan.
  3. Pembeli yang berpendapatan sederhana dan sederhana rendah tidak mempunyai kemampuan memiliki rumah (khususnya pasangan muda).
  4. Perumahan kos rendah sedia ada tidak memiliki kemudahan yang mencukupi malah rekabentuk kurang menarik menyebabkan penghuni tidak selesa di kawasan perumahan sendiri.

 

Harga Rumah Selangorku.

Bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan disediakan.

Harga seunit di antara RM 42,000.00 hingga RM250, 000.00 TERMASUK 6% GST.

*Rumah Selangorku TIDAK MEMPUNYAI DISKAUN BUMIPUTERA kerana ianya merupakan harga kawalan. Oleh itu, sesiapa pun mempunyai peluang yang sama untuk memiliki rumah ini dengan harga yang mampu milik.

 

Jenis Bangunan Kediaman Luas Binaan

(kp)

Harga Jualan Maksima (RM) Keutamaan (RM)
RUMAH SELANGORKU JENIS A 700 42,000.00 ≤3,000
RUMAH SELANGORKU JENIS B 750 100,000 ≤6,000
RUMAH SELANGORKU JENIS B **800 150,000.00
**900 180,000.00
*18’x 60’ 200,000.00
RUMAH SELANGORKU JENIS D 1,000 220,000.00 ≤8,000
20’X 60’ 250,000.00

Senarai harga rumah mengikut jenis keluasan dan keutamaan(pendapatan)

*Rumah jenis landed.Rumah Teres 1 tingkat atau 2 tingkat.

 

JENIS Rumah Selangorku.

Senarai penuh projek Rumah Selangorku boleh dilihat menerusi laman web http://ehartanah.lphs.gov.my

Ini merupakan beberapa contoh senarai projek Rumah Selangorku mengikut jenis:

 

Rumah Selangorku Jenis A.

Setia Eco Templer (700kp)

Setia Eco Templer SDN BHD

 

Rumah Selangorku Jenis B

Simfoni Apartments (750K-799kp)

Rumah Selangorku Jenis C

De Bayu,Setia Alam (900-999kp)

Bandar Setia Alam SDN BHD

 

Rumah Selangorku Jenis D

Laman Impian (Townhouse 3 Tingkat) 20’x 60’

Gamuda Land (Botanic) SDN BHD

 

Zon /Lokasi PROJEK PERUMAHAN

Kawasan projek perumahan rumah Selangorku bergantung kepada lokasi yang ditetapkan mengikut Zon kawasan.

Zon 1

Terletak dalam kawasan Lembah Klang. Meliputi daerah Petaling  (Keseluruhan Daerah Petaling, daerah Gombak (Mukim Batu dan Hulu Kelang), daerah Klang (Mukim Klang), daerah Hulu Langat (Mukim Klang), daerah Hulu Langat (Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih) dan daerah Sepang (Kawasan Cyberjaya).

Zon 2

Terletak dalam kawasan Lembah Klang merupakan kawasan sub-urban. Meliputi daerah Gombak (Mukim Setapak dan Rawang), daerah Hulu Langat (Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih), daerah Klang( Mukim Kapar), daerah Sepang (Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya), daerah Kuala Langat( Kesulurahan Daerah Kuala Langat) dan daerah Kuala Selangor (Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai(Bestari Jaya) dan Hujung Permatang).

 

Zon 3

Terletak di kawasan luar bandar. Meliputi daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan Hulu Tinggi), daerah Hulu Selangor (keseluruhan daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam ( keseluruhan daerah Sabak Bernam).

 

SYARAT & KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran pihak berkuasa negeri
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.

Maklumat lanjut boleh di layari di laman sesawang LPHS mengenai kriteria pemohonan. Syarat agak berbeza dari segi pendapatan untuk jenis rumah yang di pohon.

Permohonan juga perlu dibuat secara online di laman sesawang Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

Tempoh menunggu adalah selama 2 tahun setelah membuat pemohonan. Oleh kerana, ramai yang memohon Rumah Selangorku, maka anda dinasihati untuk bersabar sehingga nama anda tersenarai untuk pemilikan. Setelah tamat 2 tahun , anda perlu memohon semula jika masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

RUMUSAN:

Pada pandangan penulis, Rumah Selangorku merupakan satu usaha kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga kebajikan rakyat. Penyedian rumah mampu milik, dengan harga di kawal selia oleh pihak Kerajaan Negeri mampu membantu rakyat dalam usaha pemilikan rumah. Malah, lokasi perumahan yang di atur mengikut ZON kawasan sebenarnya memudahkan pemohon/pembeli memilih lokasi yang di rasakan sesuai untuk di duduki. Salah satu, syarat pemohonan/pembelian ialah pembelian untuk didiami dan BUKAN UNTUK DISEWA. Ini sedikit sebanyak membuka minda pemohon untuk mengambil kira unsur kos pengangkutan ke tempat kerja, infrastrukutur lengkap di sekeliling kawasan perumahan dan sebagainya. Oleh kerana majoriti projek Rumah Selangorku jenis bangunan Strata, maka penduduk perlulah menjalankan tanggungjawab sebagai penghuni bangunan bertingkat. Di mana, anda semua perlu bersama-sama menjaga kemudahan dan keselasaan penghuni lain. Mungkin artikle seterusnya akan membincangkan tentang tanggungjawab bersama penghuni bangunan Strata.

Setakat ini sahaja review admin pada kali ini.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

 

Rujukan:

  1. http://ehartanah.lphs.gov.my
  2. http://setiaecotempler.com.my/rumahselangorku/
  3. http://www.setiaalam.com.my/debayu
  4. Pekeliling Dasar Perumahan Mampu Milik(Rumah Selangorku)
Kongsi Artikel Ini
Nurul Zolman
Nurul Zolman

2 Comments

  1. Berbaloi ke beli rumah selangorku? Strata,MOT dan lawyer fee sepenuhnya ditanggung oleh pembeli. Tambahan lagi kalau rumah adalah leasehold dan ad maintenance fee. Rumah RUMAWIP pn maintenance fee rm0.20/feet. Let say rumah 800sqt, maintenance fee monthly dah rm160.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *