Setelah dengan rasminya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Mahathir  telah menubuhkan Majlis Penasihat atau yang dikenali sebagai Council of Elders. Tapi ramai yang belum tahu apa itu Council of Elders ni.

Apa Itu Council of Elders

Council of Elders atau Majlis Penasihat ni adalah satu ikhtiar untuk mendapatkan nasihat atau kepakaran bagi memulihkan ekonomi Malaysia daripada “otai-otai” yang setiap seorang mempunyai latar belakang yang gah.

Anggota Council of Elders ni bukan biasa-biasa punya orang. Mereka adalah golongan yang boleh saya katakan genius dalam bidang masing-masing yang telah banyak menyumbang sebelum ini.

Siapa Ahli Dalam Council of Elders?

Jadi siapakah yang telah dipilih oleh Tun Mahathir untuk menjadi ahli dalam Council of Elders ni, jom kita tengok secara ringkas:

1) Yang pertama ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz. Beliau merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7. Ni mesti ramai kenal sebab ada sign dia kat duit kertas kita yang dulu.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Beliau berperanan dalam mengatur penstrukturan semula hutang negara. Pengalaman beliau dalam bank negara tahun sebelum ni, memang bukan masalah bagi beliau.

2) Yang kedua ialah Tun Abdul Daim bin Zainuddin. Beliau adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1984 hingga 1991 dan berperanan untuk Foreign Direct Investment (FDI).

Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Matlamat paling utama MTEN ialah untuk menangani kesan krisis kewangan 1998 waktu tu.

Sekarang beliau berkhidmat lagi untuk memulihkan ekonomi negara kita.

3) Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican yang mana adalah bekas Presiden dan CEO Petronas. Company besar tu di mata dunia.

Beliau berperanan menstabilkan harga petrol di Malaysia.

Council of Elders

4) Yang ke-4 pula ialah Robert Kuok iaitu orang terkaya di Malaysia dan nombor 40 terkaya di dunia. Nilai harta beliau dianggarkan oleh Forbes sebanyak USD15.2 billion tau pada tahun ni.

Dalam Malaysia ja, sangat banyak business yang beliau ada seperti syarikat makanan, hotel, perlombongan, hartanah, dan banyak lagi.

Robert Kuok memainkan peranan untuk menurunkan harga barang dan hubungan dengan negara China.

5) Profesor Jomo Kwame Sundaram yang paling famous sebagai pakar ekonomi di Malaysia ni.

Beliau yang telah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dorsett) sejak tahun 2005.

Prof Jomo berperanan untuk merangka model ekonomi baru untuk negara Malaysia.

Kalau anda seorang yang minat membaca, boleh pergi cari buku yang beliau tulis tentang ekonomi. Memang terbaik dan boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan bidang ekonomi.

Sekarang anda sudah tahu apa itu Council of Elders. Kalau ada rakan-rakan tanya dah boleh jawab. Mereka ni adalah golongan yang patut kita berbangga kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang luar biasa. Gabungan mereka pasti akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi kita pada masa mendatang. Sama-sama kita doakan.

BACA LAGI: Langkawi maju sebab Tun Mahathir?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.