Mencari rumah sewa dengan harga berpatutan ni bukan benda mudah. Mencabar juga sebenarnya. Dalam masa korang mencari tu kena hati-hati sebab sekarang macam-macam boleh jadi.

Antara kes paling famous dalam hartanah ni adalah scam rumah sewa.  Jangan main-main. Scammer sekarang game plan dia banyak cabang dah. Bukan setakat jadi pegawai LHDN, banker semua tu. Siap ada yang acah jadi owner rumah pun ada. Tahu tahu je duit korang dah lesap hahahah.

Jadi apa cara terbaik yang korang boleh buat untuk kenalpasti dia tu scammer rumah sewa?

#1- Harga Sewa Murah Semacam

Pertama sekali korang boleh trace scammer adalah dari segi harga sewa. Sebaiknya korang cek harga sewa rumah di sekeliling kawasan tu dulu baru lah boleh buat keputusan nak sewa ke taknak.

Cuba korang bayangkan rumah sewa tu dahlah lawa, besar pulak tu. Tapi bila bab harga sewa, murah semacam. Sedangkan rumah yang lain mahal. Tak pelik ke?

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau dapat offer macam tu, memang ada udang di sebalik mee la tu. Scammer ni licik-licik orangnya. Biasanya scammer akan tawarkan deposit yang rendah sebagai umpan nak tarik orang menyewa. 

#2- Rumah Sewa Indah Khabar Dari Rupa

Almaklumlah rumah sewa ni paling senang nak cari dekat website besar macam Mudah.my. Tapi korang kena ingat gambar yang ada dekat Mudah tu kadang-kadang bukan tulen. Tah mana mana dia rembat lepastu iklankan.

Dalam kebanyakan penipuan rumah sewa, individu yang mengiklankan hartanah tu sebenarnya tak mempunyai apa-apa cara untuk mengakses bahagian dalam rumah tu. Kalau pemilik rumah suruh korang untuk tengok tengok rumah dari luar je dan tak perlu masuk dalam.

Memang ada potensi yang dia tu scammer.

#3- Orangnya Selalu Mengelak Dan Taknak Jumpa

Asal tanya nak jumpa je, “Eh saya busy la, Esok esok. Tengah outstation ni”. Masa ni korang dah kena alert ada something wrong dengan mamat ni. Cuma kesian dekat owner yang betul-betul outstation lah. Tak pasal pasal kena cop scammer.

Biasanya, tuan-tuan rumah yang baik akan pastikan dorang jumpa dengan bakal penyewa dulu sebab bukan senang senang dia boleh bagi penyewa sewa rumah dia. Alah ibarat kita bagi pinjamkan benda dekat orang lain. Nak kena tengok dulu orangnya. Dia ni boleh percaya ke tidak. Kalau tak barai barang kita.

Tuan-tuan rumah yang bagus sentiasa ada proses pemeriksaan yang dorang follow untuk pastikan dorang boleh pilih penyewa yang bagus

Dari sisi lain, scammer biasanya tak nak jumpa dengan bakal penyewa sebab dorang taknak lah muka dorang, korang ‘cam’. Kalau tak masaklah kena viral atau report nanti.

#4- Boleh Pindah Terus Tanpa Tengok Rumah

Walaupun korang dah jumpa dengan individu yang mendakwa dia sebagai tuan rumah, korang kena pastikan juga rumah tu betul-betul ada. Lebih baik korang buat inspection rumah sebelum nak proceed atau bayar deposit.

Taknaklah sembang punya sembang alih alih benda lain yang jadi. Ini sebagai langkah berjaga untuk pastikan tempat tu benar-benar wujud dan orang itu benar-benar memilikinya.

Apa Cara Terbaik Nak Elak Kena Tipu Scammer Rumah Sewa?

#1- Jumpa Pemilik Rumah Face To Face

Korang kena jumpa pemilik rumah yang nak sewakan rumah tu. Tengok gaya dia mencurigakan tak? Bagi kerjasama sepenuhnya? Kalau semua nampak okay baru boleh teruskan urusan.

#2- Tengok Rumah Tu Dengan Mata Sendiri

Tengok gambar je belum tentu sama dengan apa yang ada depan mata. Ini mungkin kena ambil masa sikit tapi ianya berbaloi. Dengan melihat rumah tu secara peribadi, korang juga dapat jumpa dengan tuan rumah lagi sekali.

#3- Cari Rumah Sewa Melalui Ejen Hartanah

Kebiasaannya ejen-ejen hartanah akan kenalpasti dulu owner sebelum nak iklankan atau proceed urusan yang lain. Kat sini ejen dah boleh confirmkan yang rumah sewa ni memang milik orang tu ataupun tak.

Kalau nak tahu kisah benar pasal scam rumah sewa ni boleh tengok dekat website scamalert.sg. Itu semua kisah daripada mangsa-mangsa yang pernah kena scam sebelum ni.

Sekian itu sahaja untuk artikel kali ini. Semoga bermanfaat.

BACA: Sempitnya Rumah Sewa Di Hong Kong Buat Geleng Kepala