Sekarang kalau kita nak membeli rumah, luas rumah dah menjadi semakin kecil. dari standard 3 bilik tidur menjadi 2 bilik tidur dan sekarang banyak jenis rumah soho yang tidak ada bilik. Kalau yang berkemampuan boleh la kita nak membeli rumah berharga RM600,000 yang ada 3 bilik. Kepada yang middle-income, KakiProperty akan berkongsi 10 teknik untuk besarkan bilik secara visual yang digunakan oleh mat saleh di New York membuatkan ruang rumah mereka yang kecil ini berkelihatan lebih besar.

Lantai yang berwarna

Besarkan Bilik Secara Visual - Warna lantai

Dibilik yang cerah, lantai yang berwarna boleh membantu untuk “menolak” dinding dan ceiling ke belakang untuk memberikan ruang yang kelihatan lebih besar. Sebab itu sekarang developer banyak menggunakan wood flooring di showroom. Sebab nak bagi nampak bilik itu lebih besar.

Warna lantai dan ceiling

Jika korang memilih untuk mengecat ceiling juga akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas di kiri dan kanan ruang bilik. Cuma ini akan membuatkan bilik ini kelihatan lebih rendah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Warna lantai dan dinding belakang

Warna dinding belakang dan lantai akan menjadikan ruang bilik ini lebih “berangin”. Sebab bilik ini akan kelihatan lebih luas dibahagian atas.

Warna dinding belakang dan ceiling

Warna dinding dan ceiling juga boleh membuatkan ruang kelihatan lebih besar. Cumanya, ini akan membuatkan ceiling rumah anda kelihatan lebih rendah.

Warna dinding belakang

Cara lain untuk “menolak” dinding supaya ruang nampak luas adalah dengan menggunakan warna cerah untuk dinding belakang. Cara ini akan mengurangkan kedalaman bilik dan menambah keluasan bilik.

Warna dinding tepi

Ini adalah cara yang terbalik dengan cara No.5. Dengan mewarnakan dinding kiri dan kanan, korang akan menambah kedalaman bilik anda, Cuma keluasan bilik itu akan lebih kecil.

Warna dinidng tepi dan belakang

Jika masalah korang adalah tinggi ceiling yang rendah, korang boleh warnakan dinding tepi dan dinding belakang. Ini akan membuatkan bilik anda kelihatan lebih tinggi. Cuma ia akan nampak keluasan bilik menjadi kecil.

Wall paper dinding belakang

Menggunakan warna cerah bukan satu-satunya cara untuk memberikan bilik anda “extra” ruang. Menggunakan pattern image boleh membantu. Untuk bagi bilik korang nampak lebih “berangin”, korang boleh menggunakan pattern berwarna cerah.

Belang melintang

Disesetengah bilik, ceiling korang mungkin tinggi. Jadi untuk “merendahkan” ceiling bilik korang, korang boleh lah menggunakan belang melintang. Ini akan membuatkan bilik kelihatan luas dan ceiling berkelihatan rendah.

Belang menegak

Sebaliknya pula, jika ceiling bilik korang rendah, cara mengecat belang menegak ini boleh digunakan untuk meninggikan ceiling anda.

Terdapat berbagai cara untuk menggunakan warna untuk manipulate bilik anda supaya kelihatan lebih besar. Selamat mencuba ye.