Kalau anda pernah mencari dan melihat iklan rumah, mesti anda ada terbaca Townhouse, Cluster House, Superlink. Setiap term yang digunakan ni menunjukkan kategori rumah-rumah tersebut. Kalau banglo dan semi-D hampir semua orang dah tau jenis rumah tu macam mana.

Untuk Townhouse, Cluster House, Superlink ni masih ramai yang belum tahu macam mana sebenarnya jenis rumah ni. Ada perlu strata title ke tak?

Townhouse, Cluster House, Superlink

1) Townhouse

Rumah Townhouse ni macam rumah teres bertingkat TETAPI berkongsi tingkat dengan pemilik/jiran. Bayangkan ground floor sama macam rumah teres, sebelah kiri rumah anda, sebelah kanan rumah jiran. Tetapi tingkat 1 anda punya bergabung dengan tingkat 1 jiran (sepenuhnya milik anda). Tingkat 2 pula sama macam tu, tetapi sepenuhnya milik jiran. Bawah ni senarai ciri-ciri Townhouse oleh website HalalMoney:

  • Seperti Teres, tetapi lebih tinggi.
  • Satu Townhouse, dua unit.
  • Mempunyai pemilik yang berbeza bawah satu bumbung.
  • Setiap unit mempunyai akses masuk ke rumah yang asing untuk menjaga privasi.
  • Akses tangga untuk ke unit yang atas tidak menggangu akses masuk rumah dibawah.
  • Ada juga developer yang menyediakan lift instead of tangga.
  • Kebiasaan tiga hingga empat tingkat (1 1/2 tingkat satu pemilik atau 2 tingkat satu pemilik).
  • Ada design Townhouse dimana unit tingkat atas mempunyai balkoni.
  • Parking selalunya jenis ‘Tendem’ Parking (parking depan belakang) atau pun ada designated parking area untuk penduduk Townhouse.
  • Ada juga developer menyediakan ‘basement’ parking untuk townhouse.
  • Kebiasaan Townhouse di Malaysia selalunya berada di dalam Gated & Guarded community. Ada juga tepi jalan, tapi jarang.
  • Ada yang berpagar, ada yang open.
  • Strata Title.
  • Sesuai untuk keluarga yang ingin duduk berdekatan. Ibu bapa boleh duduk dalam satu unit dan anak boleh duduk di satu unit bersama keluarga.

BACA LAGI: Pantang Larang Rumah Strata 

2) Cluster House

Dari segi istilah cluster tu bermaksud kelompok. Jadi, bila kita sebut rumah cluster ni adalah rumah yang berkelompok. Rumah ni nampak macam semi-D tetapi:

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

  • 4 rumah bercantum tepi dan belakang (semi-D hanya 2 rumah bercantum tepi)

Bermakna rumah ni takda lorong belakang macam rumah teres yang selalu kita lihat. Tapi setiap unit ada lorong tepi macam end lot atau corner lot.

Cuma kurang best sebab tepi dah bercantum dengan rumah orang, belakang pun bercantum jugak. Tepi belakang rapat dengan jiran.

Townhouse, Cluster House, Superlink

3) Superlink

Kalau anda tengok perkataan super tu, mesti dah boleh agak akan ada kaitan dengan sesuai yang lebih daripada kebiasaan. Ye betul tu.

Superlink ni sebenarnya adalah rumah teres tetapi yang super iaitu lebih besar daripada rumah teres biasa. Rumah teres biasa mungkin dalam 20′ x 65′. Untuk superlink, rata-rata rumahnya berkeluasan 34′ x 80′. Besarkan? Paling kecil pun saiz 22′ x 75′.

Sengaja diletakkan nama superlink atau dalam bahasa melayu rumah berangkai luas. Marketing strategi supaya bila pembeli dengar je superlink, mereka dah tau yang rumah tu besar-besar.

Sekarang anda dah tau istilah dan kategori rumah. Lepas ni dah tak pening la kalau nampak istilah ni dalam mana-mana iklan ye.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.