Sebagai seorang pemilik rumah tidak kira sama ada secara pelaburan atau rumah sendiri, terdapat pelabagai risiko kerosakan rumah yang perlu ditanggung.

Walau kemungkinannya adalah kecil, namun langkah pencegahan walau dianggap mudah, perlu diambil bagi mengelakkan risiko kerosakan rumah  dan kerugian yang lebih teruk.

Sis akan senaraikan tiga risiko terbesar kerosakan rumah di Malaysia dan langkah yang boleh diambil untuk mencegah sebelum terlambat!

1. KEBAKARAN

Kebakaran merupakan bencana akibat dari api yang tidak terkawal dan boleh mengancam harta benda dan juga nyawa anda!

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Saban tahun, statistik kes kebakaran semakin meningkat malah pada tahun 2017 sahaja, kerugian bagi kes kebakaran mencecah angka sehingga RM 5 Bilion!

Menurut rujukan dari laman Jabatan Bomba Dan Penyelamat terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan bencana ini bermula dari rumah.

Mencegah Kebakaran Di Dapur

Keselamatan Kebakaran Di Dapur

  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Kebersihan Dapur

  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak.
  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.

Cegah Kebakaran

  • Makanan yang dimasak dalam “microwave” menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat.
  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.

Memadam Kebakaran Di Dapur

Kebakaran minyak

Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :

  • Padamkan api dapur.
  • Tutup permukaan dengan tudung.
  • Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
  • Buka penutup perlahan-lahan.

Kebakaran Oven atau Ketuhar

Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :

  • Tutup sumber elektrik.
  • Ubah ke tempat terbuka / lapang.
  • Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

2. LITAR PINTAS

Masih ingatkah anda tragedi yang menimpa Hospital Aminah Johor Bahru yang mengakibatkan kerugian harta benda dan paling menyayat hati ada nyawa yang terkorban. Setelah disiasat, punca tragedi itu adalah bermula dari litar pintas.

Sumber berita tragedi di sini. Litar pintas juga boleh menjadi pembunuh senyap di dalam rumah anda jika aspek keselamatan tidak diutamakan. Sis senaraikan langkah berjaga-jaga  yang boleh diambil bagi mengelakkan litar pintas ini berlaku.

KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK

  • Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
  • Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
  • Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.

KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH

  • Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu “kelip-kelip”.
  • Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.

KABEL ELEKTRIK

  • Jangan menyentuh kabel kuasa – anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
  • Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
  • Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya.

TANDA AMARAN

  • Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :-
  • Masalah berulang seperti fius terputus atau bekalan terputus.
  • Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
  • Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
  • Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.

STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK

  • Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat mengurangkan risiko kepada anda.

KEROSAKAN FlUS DAN LITAR

  • Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
  • Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
  • Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.

PEMUTUS LITAR (ELCB)

  • Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan ‘butang ujian’.

SOKET ELEKTRIK

  • Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
  • Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
  • Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.

PERKAKASAN ELEKTRIK

  • Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
  • Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
  • Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti ‘toaster’, ‘coffeemakers’ apabila tidak digunakan.
  • Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, ‘stereo system’ untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.

PENDAWAIAN/PENYAMBUNG

  • Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
  • Gantikan pendawaian yang rosak.
  • Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet.
  • Gunakan penyambung yang diluluskan oleh SIRIM

3. BENCANA ALAM

Bencana alam merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka tetapi boleh mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk kepada rumah.

Contohnye, kejadian Highland Tower yang telah mengorbankan nyawa yang ramai.  Secara umumnya, bencana alam yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah bencana banjir.

Terdapat beberapa langkah pencegahan penting yang boleh diambil bagi mengelakkan kerugian yang lebih  besar kepada korang.

  1. SENTIASA BERSEDIA

Walaupun kawasan yang didiami oleh anda BUKAN dalam kawasan banjir atau mana-mana bencana alam, sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana malang tidak berbau.

Bagi pemilik rumah, perlindungan insurans rumah sangat penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan risiko kerosakan rumah yang bakal terjadi.

Anda juga harus sentiasa bersedia dengan laporan ramalan cuaca supaya langkah-langkah pemindahan harta benda dan dokumen penting dapat diselamatkan terlebih dahulu.

Walaupun nampak ringkas, langkah ini boleh mengelakkan kerugian yang lebih teruk terhadap tuan rumah.

Contohnya, kehilangan dokumen penting boleh menyukarkan dan melambatkan proses tuntutan insurans bagi kerugian harta benda.

2. PENYELENGGARAAN  SISTEM SALIRAN LONGKANG SECARA BERKALA

Penyelenggaraan secara berkala sering dipandang remeh tetapi sangat penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali.

Pembinaan sistem perparitan haruslah mengikut spefikasi dan sistem yang telah ditetapkan. Sentiasa cakna dan ambil berat pihak yang bertanggungjawab yang menyelenggara sistem saliran ini.

Baca berita mengenai impak sistem perparitan yang boleh membawa kepada bencana banjir kilat di ibu negara di sini.

Baca:Pelan Kecemasan Ketika Menghadapi Kemungkinan Banjir

Baca:Australia Pun Kena Banjir. Tapi Dia Boleh Handle. Malaysia Kena Belajar Cara Ni!

Apa yang sis kongsi ini hanyalah sebahagian dari risiko kerugian terbesar yang anda perlu hadapi dan fikirkan dalam pemilikan rumah. Risiko-risiko ini jika diteliti dan diambil tindakan sepatutnya sejak awal lagi, tidak akan menjadi masalah besar dan boleh diatasi dengan mudah. Jangan sesekali korang jadikan risiko ini sebagai alasan untuk tidak memiliki rumah pula!

Anda terfikir nak beli rumah? Atau mungkin anda ada rumah tapi masih tak terjual? Klik sini: Jual/Beli Rumah, kami akan semak.