Dulu-dulu setiap kali tengok cerita Flintstone, mesti terbayang-bayang macam manalah gayanya kalau duduk dalam gua. Gua memang gelap dan menakutkan, tapi bila tengok cerita Flintstone ni nampak macam cool je. Terbayangkan bagaimanalah agaknya peradaban manusia masa mereka tinggal di gua dahulu? Penulis ni sebenarnya kaki travel.

Ada satu masa tu penulis telah dihantar ke Dubai untuk training. Bila tengok jadual training, tengok tengok ada gap satu minggu between the trainings. Apa tunggu lagi? This is my time to travel!  Penulis memilih Turkey sebagai destinasi pelancongan semata-mata nak merasa tidur dalam gua di Cappadoccia. Sanggup kan?

Pengalaman Tidur Dalam Gua

Walaupun sebahagian nama hotel yang penulis tinggal itu disebut sebagai Cave House, tapi hiasan dalamannya tak macam dalam gua yang korang pernah pergi langsung! Dan kalau nak tahu, hotel-hotel di Cappadoccia ni biasanya ada Promosi Musim Sejuk. Jadi, kalau korang nak merasa tidur dalam gua yang mewah dengan harga yang murah, datanglah masa musim sejuk. InsyaAllah, berbaloi! Bila dah datang, jangan lupa naik Hot Air Balloon dan ambil Red or Green Tour.

Jemput cuci mata tengok Cave House di Cappadoccia ni. Rata-rata normal rate adalah dari RM 24 semalam untuk hostel sehingga RM 4,856 semalam untuk hotel bertaraf 3 bintang.

Sejarah Pembinaan Rumah Gua Dan Kota Bawah Tanah Di Cappadoccia

Bukan setakat cantik, kalau korang baca sejarah tertubuhnya Cappadoccia ni, mesti korang pun rasa kagum macam penulis. Jenis batuan yang membentuk kota Cappadoccia sebenarnya adalah dari debu gunung berapi yang terendap dan kemudiannya terhakis. Hakisan demi hakisan ini akhirnya memberi rupa bentuk batu yang unik seperti yang korang dapat lihat sekarang. Jadi, jika ditakdirkan korang dapat datang ke Cappadoccia, jangan cuma aim nak tidur dalam gua mewah ni je, cubalah join tour mengelilingi Cappadoccia untuk lihat kota ni dari pinggir bandar.

Kota Cappadoccia yang paling kerap dilawati pelancong adalah Goreme. Dekat sini banyak Cave House dan muzium yang korang boleh lawat. Selain Goreme, ada juga kota-kota lain seperti Derinkuyu and Kaymakli yang masih mengekalkan keaslian seni bina lama tanpa pengubah suaian yang melampau.

Derinkuyu Kota Bawah Tanah

Derinkuyu adalah kota bawah tanah yang mempunyai 600 pintu masuk, mempunyai jaringan terowong yang panjang yang menghubungkan kota ini dengan kota sekitarnya dan mampu menampung ribuan orang dalam satu masa. Kota Derinkuyu ini boleh menjadi tempat tidur, simpanan bahan makanan, telaga air, tempat memasak, ruang tamu, bilik mandi dan kubur dalam satu masa! Penduduk zaman dahulu di sini sebenarnya tidak tinggal di bawah tanah kecuali apabila mereka diserang oleh musuh. Jadi, setiap terowong-terowong di kota bawah tanah di Derinkuyu ini sebenarnya mempunyai perangkap tersendiri, in case kalau musuh masuk dalam tempat persembunyian mereka. Sama macam yang kita tengok dalam movie!

Pengalaman Yang Berharga!

Penulis nak berterima kasih pada Flinstone la. Oleh sebab dia, penulis terfikir nak pergi Cappadoccia dan merasai pengalaman tidur dalam gua batu debu gunung berapi ni. Bukan itu sahaja, penulis juga dapat meneroka kota-kota lama di Cappadoccia. Kalau korang nak merasai pengalaman yang sama, cepat-cepat beli tiket ke Turkey. Cara nak ke Cappadoccia senang sahaja. Boleh pakai bas, kereta api atau penerbangangan domestik dari ibu negara Turkey iaitu, Istanbul. Naik kapal terbang lagi jimat masa, jadi korang boleh guna masa yang lebih untuk jalan-jalan.

Akhir kata, selamat meneroka!

Rujukan:

  1. Anciet Origins
  2. National Geographic
  3. Booking.com
  4. Skoosh.com
  5. Hotelscombined.com