Tangguhkan Nafsu Bukan Sebab Tak Mampu

Bila dalam situasi berbelanja, mesti akan ada timbul nafsu demi kepuasan diri seperti membeli barangan yang berkenan di hati. Jaranglah manusia tak ada nafsu terhadap sesuatu. Nafsu ni kalau kita tak bendung, makin melarat lah ia. Makin kita suap, makin kenyang lah ia.

Sedang sibuk orang lain berlumba-lumba membeli barangan kemahuan, atas tujuan nak impress member-member sekeliling. Update sana sini barang-barang baru yang mereka beli di media sosial. Akan ada segelintir manusia yang relax dan melihat saja perilaku mereka ini.

Kenapa?

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Mereka tangguhkan nafsu bukan sebab tak mampu. Mereka tahu bukan sekarang masanya lagi untuk beli semua benda tu. Mereka ukur kain di badan sendiri. Mereka rancang kewangan terlebih dahulu, supaya setiap satu persatu benda yang diingini bakal dibelinya suatu hari nanti.

Sedang rakan lain membeli kereta buatan matahari terbit, mereka hanya pakai kereta biasa-biasa je. Sedang rakan lain membeli baju-baju branded dari butik, mereka beli pakaian bundle sahaja. Mereka tak pentingkan jenama tapi pentingkan tujuan.

Mahal atau murah kereta, masih boleh ke tempat yang dituju. Mahal atau murah pakaian, masih boleh dipakai untuk menutup tubuh. Bukan nampak gah yang mereka buru. Mereka bezakan nafsu dan perlu.

BACA: Akibat Boros, Anak Muda Ini Susah Beli Rumah Pertama

Sedang yang lain membuat personal loan untuk menutup hutang yang lain. Mereka ini tak berbuat demikian kerana ada simpanan dan income yang lain. Mereka tahu dengan mengambil loan lagi bukan jalan menutup hutang, malah membuka lagi satu lubang. Jika mereka belanja tak cermat, esok lusa memang masak mat.

Hidup kita ni bukan nak nampak gah dimata-mata mereka diluar sana. Kahwin grand, kereta besar, baju mahal, kasut branded dan macam-macam lagi. Batalkan hasrat jika nak berbuat demikian atau tangguhkannya. Sebab kita balik yang menanggung semua tu. Biarlah belanja kita sepadan dengan gaji kita. Gaji kecil atau besar kalau tak pandai uruskan wang memang merana lah jawabnya.

“Jangan malu jika gaji kecil, malulah jika gaji besar simpanan langsung tak ada” – Azizul Azli Ahmad

Kalau kita sedang belajar sekalipun, gunakan duit belanja, elaun atau biasiswa sebaik mungkin. Macam beli barangan study, alat tulis atau makanan pun boleh. Kalau guna untuk makan, janganlah sampai pergi makan makanan mahal, makanan murah pun perut sama kenyang kot. Dah tu balik balik mengeluh tak ada duit. Jangan salahkan harga Yahudi pulak.

Salah satu punca masalah kewangan terjadi sebenarnya disebabkan lifestyle macam orang ada ada. Tak uruskan duit dengan cara yang betul. Teringat saya pada satu kata, orang kaya kekal kaya dengan gaya tak berduit. Orang miskin kekal miskin dengan gaya seolah-olah berduit. Itulah bezanya.

Tangguhkan Nafsu Bukan Sebab Tak Mampu

Sebabtu orang kaya mampu beli macam-macam benda. Mungkin jalannya lambat tapi mereka ‘trust the process’. Mereka simpan, rancang dan laburkan wang pada jalan yang betul. Barulah namanya hidup bijak.

Jadi, kalau anda tak rancang dari sekarang, habistu bila. Dah terjerat baru nak insaf ke? Ingatlah tangguhkan nafsu bukan sebab tak mampu tapi tangguhkan nafsu sebab belum sampai waktu.

Cara Menyimpan Duit Yang Boleh Anda Buat