Ada yang belum tahu apa tu tanah rizab melayu? Mungkin yang muda atau yang baru dengan hartanah belum tahu sepenuhnya.

Tapi, pasti semua orang pernah dengar perkataan tu walaupun tak tahu apa sebenarnya tanah rizab ni.

Jom kita tengok sikit apa benda tanah rizab ni

Tanah Rizab Melayu

Tanah ini adalah tanah yang di khas kan hanya untuk orang Melayu sahaja. Bila mana ada pembangunan atas tanah rizab ni, hanya orang Melayu sahaja yang boleh beli.

Ianya sangat strict. Kalau tanah tu di semenanjung, hanya Melayu semenanjung sahaja boleh beli. Bumiputera tak boleh beli.

Ada yang tanya, apa beza orang Melayu dan Bumiputera? Kalau dalam pembelian hartanah yang melibatkan rizab melayu, orang melayu dilihat kepada ibu bapa.

Jika kedua ibu dan bapa adalah Melayu/Bumiputera, maka anaknya dikira sebagai Melayu. Jika hanya salah satu ibu/bapa yang Melayu/Bumiputera dan satu lagi tu bangsa lain, anaknya dikira sebagai Bumiputera.

Tanah Rizab Melayu

Image: apakecoh.com

Kalau nak beli hartanah atas tanah rizab ni memang pejabat tanah akan tengok sehingga ke surat beranak untuk pastikan pembeli adalah Melayu dan bukannya bumiputera.

Ini saya ceritakan daripada point of view hartanah ye. Kalau undang-undang lak di bawah Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan:

“Seorang Melayu mestilah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu secara lazim dan mengamalkan adat istiadat Melayu”

Dan definasi orang melayu untuk hartanah ni juga kena ikut negeri masing-masing.

Kalau anda nak tahu asal usul macam mana wujudnya tanah rizab ni, panjang ceritanya daripada zaman British lagi, kita cerita ringkas sudah asalkan anda faham.

Ke Mana Hilangnya?

Tetapi tanah rizab melayu ini tinggal tak sampai pun 12% mengikut kajian seorang pensyarah UiTM iaitu Dr Mohd Hasrol.

Hmm, dalam satu Malaysia ni tak kan tinggal 12% je kot kan. Asal dulu-dulu ada lebih daripada 20%, mana hilang?

Ops, jangan melatah dulu. Dr Mohd Hasrol berkata yang kajian tahun 2015 menunjuk ada peningkatan, dalam 30%.

Tetapi, perlu anda tahu yang rizab melayu juga adalah satu daripada wasiat raja-raja melayu sebelum merdeka.

Tanah rizab melayu perlu ada 50%. Tapi angka 50% tu belum lagi tercapai buat masa sekarang. Sekejap bertambah, sekejap berkurang. Mengikut SinarHarian, sekarang tinggal 4 juta hektar daripada 12 juta hektar sebelum ni.

Tanah Rizab Melayu

Image: Facebook

Yang boleh jadi berkurang ni apabila kerjaan ambil tanah tu untuk buat pembangunan. Ye, kerajaan boleh ambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Setiap tanah rizab yang diambil perlu diganti semula dengan tanah yang sama nilai. Ha, sini yang problem.

Kebanyak tanah diambil tapi tak diganti dengan tanah yang lain. Sebab tu yang boleh berkurang sampai tinggal 12%. Lepas tu naik pulak jadi 30% tu mungkin sebab dah diganti.

Banyak kerajaan negeri yang mengambil kesempatan. Sepatutnya Tanah Rizab Melayu ni tak perlu la diusik walaupun ada akta bagi ambil dan ganti. Mungkin juga kena ketatkan akta tu agar tanah perlu diganti dulu, baru boleh diambil. Setuju?

BACA: Freehold vs Leasehold