Spa-Villa Linda Onn

Apa alasan atau sebab kita beli rumah? Bagi kebanyakan pembeli rumah terdapat dua sebab utama mengapa satu-satu rumah itu menjadi pilihan.

  1. Untuk pelaburan; dan
  2.  membeli rumah itu untuk didiami sendiri.

Bagi yang membeli rumah untuk didiami sendiri pula banyak faktor yang harus diambil kira.  Barangkali faktor tersebut boleh jadi jarak dari bandar, harga, senibina, lokasi yang istimewa atau pelbagai lagi.

Namun ada juga yang gemar memilih lokasi tertentu seperti dekat dengan kawasan hijau atau bukit yang sejuk mata memandang.  Ini termasuklah personaliti terkenal Linda Onn.

 

Setiahills di Bukit Indah!

Roslindah binti Onn atau Linda Onn memiliki sebuah rumah banglo dua tingkat Bukit Indah, Ampang. Ia pernah menjadi tular diblog-blog pada sekitar tahun 2009 dan 2015.  Rata-rata netizen terpersona dengan kecantikan senibina dan hiasan dalaman yang dipaparkan oleh blog serta media-media arus Perdana.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Secara ringkas, unit-unit dibawah projek Setiahills yang dimajukan oleh Pemaju SP Setia ini mempunyai;

  1. bukaan keluasan termasuk tanah sekitar 540 sehingga 2,805 meter persegi;
  2. keluasan binaan rumah sekitar 734 sehingga 992 meter persegi;
  3. Rumah-rumah ini mempunyai sekitar  2 -3.5 tingkat; dan
  4. mempunyai bilik tidur sebanyak 5-7 bilik tidur

Untuk projek Setiahills ini terdapat 45 unit yang dibina dan telah siap sekitar tahun 2008. Harga bagi unit-unit ini semasa perlancarannya ialah sekitar RM2-RM3 juta.

Team wartawan Kosmo pernah menyiarkan temubual bersam Linda Onn mengenai rumah personaliti ini tahun 2009 dan ia juga tersiar di Kosmo Online.

Keunikan konsep

Bagi unit yang didiami oleh Linda, ia mempunyai keluasan 8000 kaki persegi (termasuk tanah) yang terletak di lot hujung. Unit ini juga mempunyai dua tingkat dan bilik sebanyak 5 +1.

Keunikan boleh diperlihatklan dengan konsep spavila banglo yang dibangunkan.  Setiahills  ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang istimewa seperti kolam peribadi dan kawalan keselamatan 24 jam.

Wow faktor kepada Setiahills ialah pada lokasinya kerana ia terletak di Bukit Indah yang mempunyai persekitaran yang tenang dan hijau.  Ini mungkin menjadi faktor yang memancing personaliti dan usahawan ini untuk memiliki satu unit projek perumahan ini.

 

 

Tak cukup dengan kehijauan persekitaran Setiahills itu, difahamkan bagi hiasan dalaman rumah personaliti ini merupakan hasil cetusan ideanya sendiri. Berkonsepkan villa spa-bali semestinya ia menggamit ketenangan sipenghuninya.

Unit Linda ini sama sahaja  dengan unit-unit lain tetapi yang menariknya  ialah dibahagian belakang. Bahagian belakangnya  bersatu dengan alam dimana ia menghadap bukit yang menghijau. Terdapat juga taman mini dan gazebo yang semestinya menjadi tempat yang terbaik untuk merehatkan minda.

Ruang dalamnya pula segar dengan tema merah dan hitam!

 

Linda sendiri mengakui  rumah yang serba indah ini dihias mengikut cita rasa sendiri.

“…  Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri,” ujar personaliti ini dalam wawancara bersama team Kosmo tersebut.

Tidak dapat dinafikan kisah Linda Onn ini sedikit sebanyak pasti memberikan kesan kepada netizen. Pertama bekerja keras untuk mencapai rumah idaman dan kedua kretiviti  untuk menjadikan ia ‘syurga’untuk didiami.

 

Sumber: Propwall.my  Media Malaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.