Smooth Giler Jalan Di Belanda ni. Satu Lubang Pun Takda!

Smooth Giler Jalan Kat Belanda ni. Satu Lubang Pun Takda!

Smooth Giler Jalan Kat Belanda ni. Satu Lubang Pun Takda! Itu ayat selalu orang cakap bila pergi negara Belanda. Negara ini memang terkenal dengan infrastruktur yang mantap. Kalau dapat rezeki melancong ke luar negara, cuba singgah Belanda, mesti korang terkejut. Saya tertarik untuk menulis artikel ini sebab jalan raya juga merupakan faktor yang berkait dalam pemilihan hartanah. Kalau jalan raya keliling berlubang-lubang, tak repair, hilang minat nak membeli rumah di kawasan tu. Betul tak?

Pengalaman berada di Belanda diceritakan oleh sepupu saya sendiri, sebab dia tau saya minat bab-bab engineering dan hartanah ni. Antara yang menarik perhatian saya bila dia naik bas dari Belanda ke Belgium. Pemandu pelancong kata “Kita akan sampai sempadan Belgium beberapa minit saja lagi, dan anda tak perlu tengok jam, anda memang akan tahu bila dah masuk Belgium”. Mula-mula tak faham, bila dah masuk Belgium, bas bergegar, baru la faham. Sebabnya, sempadan jalan yang sangat ketara macam dalam gambar di bawah:

Smooth Giler Jalan Kat Belanda ni. Satu Lubang Pun Takda!

Tapi, saya tak cakap la 100% perfect jalan dekat sana. Akan ada jugak yang rosak. Cuma jalan yang rosak sangat sedikit berbanding jalan yang cantik molek. Bila ditanya macam mana Belanda boleh jadi negara yang mempunyai infrastruktur terbaik di dunia, katanya:

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

1. Belajar dari kisah silam

Belanda dikatakan pernah mengalami sejarah hitam banjir besar. Banyak penduduk yang terkorban. Dari situ diorang dapat semangat untuk buat infrastruktur yang terbaik supaya diorang boleh elakkan perkara hitam tersebut berulang atau sekurang-kurang mengelakkan jiwa terkorban.

2. Maintenance yang berkualiti

Bila ada ja jalan yang rosak, diorang terus repair kaw-kaw punya dan diorang akan pastikan tempat yang diorang repair takkan berlubang dalam masa terdekat. Kalau berlubang jugak, diorang akan kaji cara lain, dan try guna cara lain. Berbeza dengan negara lain yang selalunya hanya tampal-tampal, mingu depan lubang lagi, tampal lagi, sampai bila nak tampal daa. Sekarang diorang tengah plan nak buat jalan guna plastik recylcle lak, mana tau kita boleh tumpang belajar.

Kesimpulan

Bukan niat saya nak merendahkan negara lain. Tapi kita kena la belajar dari yang terbaik. Isu jalan berlubang bukan perkara remeh, banyak dah meragut nyawa gara-gara jalan yang tak di selenggara ni. Kalau kita dapat belajar macam mana Belanda handle kes-kes jalan berlubang, tak perfect pun takpa, asalkan tak merbahaya.

Sedikit promosi. Kalau anda nak JUAL atau BELI rumah atau hartanah lain, Anda boleh klik>> Jual Atau Beli Rumah << nanti kami tengokkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.