Skim Smart Sewa: Bayar sewa,dapat balik duit! Terlalu indah untuk dipercayai, tapi BENAR weh! Perhatian untuk rakyat Selangor, sis nak share dekat korang satu peluang keemasan yang korang kena manfaatkan sepenuhnya.

Sejak kebelakangan ni, isu tentang pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda kerap dibincangkan.

Generasi muda mengalami kesukaran bagi mendapatkan rumah dengan harga mampu milik dan menambahkan kesukaran serta beban adalah agar sukar untuk mereka menyimpan dan menyewa pada masa yang sama.

Sebilangan jumlah besar daripada duit pendapatan korang dihabiskan bagi menyewa dan kadang-kadang menjadi masalah untuk menyimpan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Jangan mudah berputus asa korang, korang cuma kena bijak cari dan ambil peluang yang ada. Pendapat peribadi sis, skim ini seharusnya diambil sebagai contoh yang sangat baik bagi menambahkan lagi peluang generasi muda untuk menambahkan lagi pemilikan rumah pada usia yang muda.

Dalam artikel kali ini, sis nak kupas pasal skim smart sewa yang setakat ini hanya ditawarkan khas untuk rakyat Selangor sahaja.

Bagi rakyat Selangor, kerajaan negeri korang ada buat inisiatif untuk bagi peluang dekat rakyat supaya korang semua ni dapat memiliki rumah mampu milik dengan peruntukan dari kerajaan ni. Nak tahu lebih lanjut tentang skim smart sewa ni? Teruskan membaca ya!

Apa sebenarnya Skim Smart Sewa ni?

Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 merupakan program Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana menyewa rumah selama minima 2 tahun dan maksima 5 tahun.

Dalam tempoh 5 tahun tersebut, sekiranya penyewa sudah mampu membeli rumah, maka sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sebagai deposit membeli kediaman baru. Ini  bermaksud, korang bayar sewa macam sama korang menyimpan weh!

Melalui skim ini, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan membeli unit-unit kediaman yang bersesuaian daripada pemaju perumahan dan seterusnya akan dijadikan rumah sewa.

Unit-unit kediaman tersebut akan diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) untuk disewakan kepada orang awam yang berkelayakan. Dengan adanya program ini diharap dapat membantu orang awam untuk membayar deposit untuk tujuan membeli rumah kediaman sendiri.

Macam menarik je skim ni, saya layak ke?

Meh sis share sikit syarat korang ni layak ke tak:

Syarat-syarat kelayakan permohonan:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  3. Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor

Tempoh penyewaan: 

  1. Maksimum 5 tahun
  2. Minimum 2 tahun

Deposit (bergantung pada kadar sewa semasa):

Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Saya baru tahu pasal skim ni, apa update terbaru tentang skim ni untuk tahun 2018?

Sis dah agak,mesti korang tak sabar nak tahu update terbaru tentang skim ni kan? Menurut sumber terkini bertarikh 23 November di laman web Selangor Kini, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memperuntukkan RM50 juta untuk pembelian rumah bagi Skim Smart Sewa, pada 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program itu perlu diteruskan kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada generasi muda dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri membantu mereka merangka merancang masa hadapan supaya bebas menentukan hala tuju hidup masing-masing.

“Sehingga hari ini, sebanyak 842 unit rumah mampu milik dengan kos RM122.8 juta diproses untuk pemilikan LPHS dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd dilantik sebagai ejen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini.

“Sebanyak 341 unit rumah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM450 sebulan sehingga RM650 sebulan,”

Apa kelebihan yang korang akan dapat dari skim ni?

1. Sambil menyewa,sambil membeli

Secara tidak langsung, sementara korang menyewa, korang bukan sahaja dibantu dengan harga sewa yang berpatutan, tetapi secara tak langsung menolong korang dalam pembelian rumah pertama korang tau!

2. Bukan ‘scammer’ hartanah

Daripada korang mudah terpengaruh dengan tawaran yang tidak masuk akal, baik korang ambil peluang keemasan dari kerajaan negeri Selangor ni. Nak tahu macam mana tips nak kenal ‘scammer’ ni? Meh baca dekat sini. Dah baca, hadam elok-elok supaya tak terjerat dengan tipu daya diorang ni tau!

Masa nilah, korang kena bijak guna peluang yang ada ni. Sis ada nak cadangkan beberapa perkara untuk korang buat  dan manfaatkan menerusi skim ni.

Antara cadangan:

1. Tambah Simpanan korang

Seronok ye,bile fikir dapat 30 peratus balik, nanti tak payah fikir dah nak beli rumah,guna duit tu je kan? Jawapannye SALAH. Korang kena tahu bahawa 30 peratus tu adalah jumlah hanya untuk MEMBANTU korang memiliki rumah yang pertama dan yang selebihnye korang SENDIRI KENA BERUSAHABaca sini kalau nak tahu tips untuk tambah lagi simpanan untuk deposit korang nanti.

Jangan sia-siakan masa korang dalam 2-5 tahun tempoh yang diberi ini, tambah simpanan korang dan cuba cari pendapatan tambahan. Jikalau korang bijak mengatur perbelanjaan dan kewangan korang dan manfaatkan skim ni sepenuhnya, TIDAK MUSTAHIL untuk korang dapat membuat pembelian bukan sahaja rumah sendiri, namun juga RUMAH PELABURAN!

2. Jangan tambah hutang jahat

Sis nak ingatkan korang semua, jangan kerana terlalu selesa dengan skim ni, korang bertindak nak tambah hutang jahat. Jangan sesekali berniat untuk tambah hutang jahat. Apa hutang jahat yang sis cuba maksudkan? ‘Upgrade’ kereta baru, perabot baru, hutang kad  kredit dan bermacam lagi la. Jangan jadi orang yang ‘jahat’ kewangan.

3. Tambah ilmu hartanah

Membeli rumah ni bukan macam korang beli aiskrim tepi jalan tau, banyak prosedur yang korang kena tahu dan jangan terlalu mudah percayakan tawaran yang terlalu indah.

Selidik  dahulu sesuatu agen atau syarikat yang korang nak berurusan dan sewaktu pembelian rumah ni berlaku baru korang akan sedar akan  pentingnya ilmu hartanah ni supaya korang tahu modal dan duit korang untuk memiliki rumah digunakan secara sebaiknya atau tidak.

Macam mana nak tambah ilmu hartanah ye? Korang yang tengah membaca artikel ni, korang dah mulakan langkah pertama korang ke arah memiliki rumah yang pertama tau! Hebat kan!

Nak hebat lagi? Baca dan hadam ilmu hartanah yang ada dekat blog Kaki Property ni. Bukan setakat ilmu sahaja, kalau ada info-info terbaru yang menarik tentang sebarang, kitorang akan sentiasa ‘update’!

Dah selesai bagi tips dan cadangan untuk korang, kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai skim sewa dan cara untuk korang buat permohonan, korang boleh terus rujuk laman web PHSSB ni tau.

Sis harap,rakan-rakan segenerasi dengan sis takkan mudah untuk menyerah kalah dan terus positif untuk memiliki rumah pertama. Isu pemilikan rumah ini  sebenarnya telah membuka mata banyak pihak dan sebab itulah munculnya pelbagai skim,insentif dan inisiatif serta bantuan dari pelbagai pihak.

Apa yang penting,diri kita sendiri kerana sentiasa peka dan mengambil peluang keemasan yang telah ditawarkan ni. Sis sentiasa doakan korang  sentiasa dapat yang terbaik! Good luck!

Haa kalau ada antara korang yang nak beli/sewa rumah ikut bajet sendiri atau mungkin ada targeted location, korang boleh klik sini: Sewa/Beli Rumah