Rata-rata anda semua mesti dah pernah dengar tentang skim MyDeposit kerajaan ni kan. Ada beberapa arkitel yang kami keluarkan berkaitan dengan skim ni.

Untuk yang belum tahu, skim MyDeposit ni adalah satu skim dimana anda boleh claim sebanyak 10% dari harga rumah atau maksimum RM30,000 sebagai deposit untuk pembelian rumah pertama anda.

“Skim MyDeposit Kerajaan ni Membantu ke?”

Apa masalah yang selalu rakan-rakan anda sebut bila bab beli rumah? Kebanyakkannya akan bagitau deposit tak cukup walaupun gaji dah lepas.

Yela, nak kumpul deposit bukannya 10% je, nak kena ada extra lagi dalam 3-5% untuk cover kos-kos lain.

BACA LAGI: Deposit bukan hanya 10%

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau rumah yang anda minat harga RM300,000, deposit je dah RM30,000. Lain-lain kos mungkin dalam RM10,000. Jumlah dah RM40,000.

Bukan senang nak kumpul duit RM40,000 dalam keadaan ekonomi sekarang ni kan. Kalau la anda ada duit sebanyak tu. Takkan nak habiskan semua. Mesti nak kena simpan sikit untuk kecemasan ke, untuk anak-anak ke.

Bila kerajaan menawarkan skim MyDeposit pada tahun 2017 dan awal tahun 2018, semua orang betul-betul teruja nak apply.

Skim ini bukannya pinjaman tetapi bantuanĀ atau insentif untuk rakyat. Bermakna anda tak perlu bayar balik walaupun 1 sen. Jadi, wang yang anda kumpul dapat digunakan untuk perkara lain.

Skim MyDeposit kerajaan dilihat sangat membantu bagi yang ingin memiliki rumah pertama. Itu memang tak dinafikan.

Tetapi, anda juga perlu ingat, tak semua yang apply akan dapat. Jumlah yang diperuntukkan sangat terhad. Untuk MyDeposit 2018 hanya 2000 slot saja dibuka.

Yang apply anda boleh bayangkan la berapa puluh ribu mungkin ratus ribu orang.

Bagaimana pula dengan cara pemilihan siapa yang berjaya? Ramai yang concern dengan cara pemilihan.

skim mydeposit

Bandingkan A seorang yang bergaji 3000 nak beli rumah harga 200,000. A ada la cukup untuk deposit dalam RM30,000.

Lagi seorang, B bergaji RM9000 nak beli rumah harga RM500,000. Dalam simpanan ada dalam RM80,000.

Dalam situasi ni, kita nampak A lebih memerlukan bantuan daripada skim MyDeposit tetapi yang berjaya dapat adalah B.

Disebabkan isu macam ni banyak pihak menuduh kroni la dan macam-macam lagi.

Tetapi ada juga yang tak puas hati sebab layanan staf yang bertugas, masa yang diambil terlalu lama untuk dapat duit dan sebagainya yang menyebabkan pihak pemaju tak nak terima pelanggan MyDeposit.

Tak semua pemaju macam tu, ada ja pemaju yang terima anda guna skim tu walaupun mereka lambat dapat duit. Pilih la yang terima.

Itu anda boleh fikir sendiri, nak rumah idaman guna duit sendiri, atau nak ada rumah guna duit bantuan? Mana yang lebih berbaloi.

Selain tu, nak salahkan slot yang sedikit pun tak boleh juga. Sebab bantuan ni RM30,000 maksimum untuk seorang. Kalau 2000 slot dah RM60 juta duit diperuntukkan. Banyak tu.

Yang tak berjaya tu kita boleh anggap tak ada rezeki, mungkin rezeki anda di tempat lain, yang berjaya pula tahniah kami ucapkan. Dari sudut yang positif, sekurang-kurang 2000 orang dah diringankan beban untuk membeli rumah pertama. Banyak lagi bantuan perumahan yang ada, boleh la cuba kalau-kalau ada rezeki.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.