Ada arkitel sebelum ni saya ada sentuh tentang projek PPA1M yang dikatakan gagal. Kalau yang belum baca boleh baca. Kali ni tentang Skim Anak Pesara pulak. Secara ringkasnya, PPA1M ni disasarkan untuk penjawat awam tak kira la yang dah pencen ke, yang kontrak ke, layak untuk memohon.

“Macam Mana Skim Anak Pesara Ni?”

Skim Anak Pesara ni bukannya satu skim yang baru pun, cuma permohonan untuk PPA1M ni telah dibuka untuk anak pesara jugak walaupun anak pesara tu tak bekerja dengan kerajaan.

Dalam manifesto Barisan Nasional pun ada highlight tentang perkara ni iaitu :

Membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Kalau PRU nanti BN menang, golongan kerajaan memang seronok la, banyak ni projek-projek perumahan khas untuk golongan penjawat awam, polis, tentera, dan juga anak-anak FELDA.

Saya dimaklumkan yang permohonan untuk anak pesara ni sudah pun ada dalam sistem. Tetapi hanya jika ada kekosongan kerana PPA1M ni diutamakan untuk pegawai Gred 17 ke bawah dan JUSA C yang belum memiliki rumah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Lepas tu hanya seorang saja yang boleh mohon. Kalau pesara tu ada 5 orang anak bukan kerja kerajaan, salah sorang je yang boleh memohon PPA1M ni. Kalau anak yang kerja kerajaan tu, mohon atas nama sendiri ler.

Syarat yang lain pulak, anak/pasangan bagi pesara yang dah meninggal dunia tidak boleh memohon.

“Macam Mana Nak Mohon?”

Permohonan adalah melalui ID Pesara. Cara sangat mudah, anda boleh ikut langkah-langkah dalam gambar di bawah ni.

Secara ringkas, anda perlu daftar/mohon dulu ID pesara ibu/bapa anda di web site www.ppa1m.gov.my dan isikan maklumat pesara, jangan anda isi maklumat anda pulak, kecuali kalau anda adalah pesara yang nak mohon untuk anak, isi la maklumat anda.

Lepas tu tunggu sampai dapat ID dan kata laluan melalui email yang anda daftarkan.

Guna ID dan kata laluan tadi untuk masuk kat https://apps.ppa1m.gov.my

Dalam sistem tu anda pilih la permohonan anak pesara, lepas tu tekan butang + yang warna biru (rujuk gambar bawah), lengkapkan borang dan tekan hantar. Settle. Tunggu je keputusan dapat ke tak.

skim anak pesara

 

Jadi, sesiapa yang ibu bapa dia pesara kerajaan boleh la bincang dengan ibu bapa anda untuk mohon rumah PPA1M ni. Tapi ingat tau, hanya sorang je anak pesara boleh mohon. Jangan nanti ada yang bergaduh dengan adik-beradik lak berebut nak mohon rumah PPA1M ni, bincang elok-elok ye. Semoga Berjaya.

BACA LAGI: Tips Kumpul Deposit

Haa kalau ada yang masih tercari-cari rumah untuk dibeli atau disewa, boleh klik je sini: Sewa/Beli Rumah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.