Ada tak di kalangan anda sekarang tengah mencari rumah untuk dibeli? Dalam anda survey-survey ada tak jumpa rumah tak terjual walaupun dah lama siap?

Pasaran hartanah ni bukan la pasaran yang 100% akan terjual habis. Sama juga macam barang-barang di pasar, akan ada yang tak terjual.

Pada awal tahun 2018, dianggarkan lebih kurang 25,000 unit rumah masih belum terjual.

Tetapi, dipetik daripada The Star Online, paling latest bilangan rumah tak terjual adalah sebanyak 34,500 unit di seluruh negara.

Dan nilai rumah tu semua sebanyak 22 bilion, bermakna harga purata sebijik rumah adalah RM637k.

Itu yang bank negara agak runsing, kerana berdasarkan data tu menunjuk yang rumah di Malaysia sangat “tak mampu dimiliki”.

Sebab Rumah Tak Terjual di Malaysia?

Ada beberapa faktor utama. Paling atas sekali adalah harga rumah tu sendiri la.

Bayangkan harga purata rumah tak terjual tu adalah RM637k, maknanya rumah yang harga tinggi lebih banyak daripada rumah yang harga mampu.

Setiap tahun kita mencatatkan kenaikan harga rumah lebih kurang 6%-7% seluruh negara. Kalau Selangor dengan KL kenaikan lebih daripada 7%. (The Valuation and Property Services Department)

Dengan kenaikan harga rumah yang macam tu, gaji pulak tak naik memang ia akan terjadi lambakan rumah tak terjual.

Pemaju lak berlumba-lumba nak buat rumah mahal sebab nak untung yang tinggi. Sampai kerajaan sebelum ni terpaksa stop kan projek rumah yang harga melebihi 1 juta.

Kalau ada yang kata permintaan takda, mungkin ada salah kerana permintaan untuk rumah sangat tinggi TETAPI kuasa membeli rendah.

rumah tak terjual

Berdasarkan survey simple yang team kami buat, rata-rata pembeli hanya mampu membeli hartanah yang berharga lingkungan RM250k.

Kebanyakkan rumah projek sekarang ni mostly 300k ke atas, secara purata 400k ke atas. Tapi masih lagi boleh sold out.

Itu disebabkan kawasan yang strategik dan focus area. Kawasan rumah adalah faktor yang lain.

Sekarang ni Puncak Alam, Selangor tengah pesat dibangunkan dengan perumahan. Kalau tak percaya, anda boleh pergi pusing-pusing area situ.

Bukan saya nak kata di situ bakal jadi lambakan rumah kerana kawasan tu mungkin telah dikaji berapa banyak perumahan untuk dibina. Kalau tak, akan jadi oversupply untuk sesuatu kawasan.

Lagi satu faktor adalah buying power, iaitu kemampuan pembeli. Yang ini berkaitan dengan harga rumah dan kawasan.

Perdana Menteri kita, Tun Mahathir sendiri pernah berkata yang kuasa membeli kita agak rendah tetapi harga barang tinggi.

Kalau harga rumah terlalu tinggi di kawasan yang kebanyakkan orangnya kuasa membeli rendah, macam mana rumah nak terjual.

Itu faktor yang utama, faktor-faktor yang lain punya mungkin hanya sedikit sahaja mempengaruhi seperti jenis rumah, design rumah, kemudahan dan lain-lain.

Kesimpulan yang kita dapat lihat, andai pemaju dapat matchingkan harga rumah dengan kemampuan pembeli di kawasan tu, pasti sold out walaupun kawasan tu agak terpencil sebab rakyat mampu untuk membeli.

BACA LAGI: 5 Tips Lulus Loan