Rumah Mampu Milik Johor Dengan Hanya RM 150,000 Sahaja

Benarkah ini? Admin sukar nak percaya. Rumah Mampu Milik Johor Dengan Hanya RM 150,000 Sahaja

Tidak sangka dengan harga RM150K sebuah rumah mampu milik di Johor berjaya membuatkan netizen kecoh di media sosial dengan bentuk luaran yang serba indah.

Foto tentang rumah tersebut yang dimuatnaik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Latif Bandi di Twitter telah menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan netizen kerana rekaan unik rumah tersebut.

Rumah tersebut bukan sahaja unik malah berbentuk segiempat, suatu yang jarang dilihat di mana jua sekitar sini.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Bukan mudah hendak melihat senibina rumah seunik ini dengan harga yang berpatutan lebih-lebih lagi bila berada di kota besar.

Menurut Datuk Latif Bandi, rumah yang berkeluasan 1,080 kaki persegi itu cuma berharga RM 150,000 sahaja.

https://platform.twitter.com/widgets.js
Disebabkan harganya yang murah itu, ramai netizen termasuk orang ramai telah tertarik untuk turut memviralkan posting terbabit.

Mungkin ketika ini ramai sedang mencuba nasib dan bertanyakan cara untuk mendapatkan rumah tersebut.

Malah sehingga kini, posting tersebut telah mendapat hampir 2000 retweet dan kini kekal popular di seluruh media sosial.

Apabila ditanya bagaimanakah caranya untuk mendapat kelayakan memohon rumah tersebut, antara syarat yang dikenakan adalah pemohon perlulah 5 tahun menetap di Johor secara minima.