Saban tahun, pasti akan ada rintihan masyarakat terutama ‘orang kita’ yang mengatakan harga rumah terlalu mahal. Berkali-kali ayat ini diulang dan masih tiada jalan penyelesaian yang dibuat hasil rungutan tersebut.

Memang kita semua tak boleh nak nafikan lagi bahawa harga rumah di Malaysia memang agak mahal dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah yang baharu dibangunkan berikutan harga rumah yang disifatkan sebagai di luar keupayaan kewangan mereka.

Bank Negara Malaysia(BNM) sendiri ada menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu dilancarkan kerana harga purata hartanah baharu bernilai RM417,262 berbanding harga maksimum rumah mampu dimiliki mereka hanya bernilai RM282,000.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan kajian dibangunkan Demographia International dan dicadangkan oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Harvard.

Sebuah rumah akan dianggap mampu milik kalau harga yang ditawarkan tidak lebih daripada tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah. Dari segi kaedah median multiple, harga rumah di Malaysia pada 2016 berada pada kadar 4.4 berbanding 3.9 pada tahun 2012, bermakna kadar ketidakmampuan rakyat membeli rumah sendiri semakin meningkat.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Namun begitu, sampai bila kita semua nak mengeluh untuk tunggu dan menanti harga hartanah akan turun? Sampai bila kita tidak mahu rebut peluang memiliki rumah sendiri? Sampai bila kita nak jual mahal dan letak demand tinggi tinggi tapi tak ukur kain sendiri? Sampai bila kita nak salahkan orang sekeliling atau kerajaan atas sebab kita tak memiliki rumah?

Soalnya, sampai bila? Sampai bila-bila pun takkan ada kesudahannya kalau kita terus berbuat demikian.

Salkukhairi Abdul Sukor, seorang peguam hartanah dan merupakan seorang penulis ada berkongsikan pendapat beliau di laman Facebook tentang apa sebenarnya yang menjadi masalah utama masyarakat hari ini tak memiliki rumah.

Pada pandangan beliau, jika kenyataan ‘HARGA RUMAH MAHAL SANGAT…’ sentiasa diulang dan diulang dalam masyarakat kita, akhirnya ia akan lekat sebagai persepsi negatif dalam minda masyarakat kita. Kesannya, ia akan menjadikan mood orang kita untuk berusaha membeli rumah sendiri semakin merudum dan pudar.

Bagi beliau kenyataan sebegini tidak sedikit pun membantu dalam meningkatkan daya saing orang kita untuk memiliki rumah sendiri.

Yang di momok kan harga rumah mahal itu adalah rumah-rumah baru yang dibina oleh pemaju di bandar bandar besar.

Sedangkan masih banyak lagi rumah-rumah di pasaran sekunder yang dijual dengan harga di bawah harga pasaran, tetapi tidak pula cuba dihighlightkan.

Bila kerajaan ingin tawarkan rumah-rumah yang dikatakan mahal ini untuk dibeli oleh warga asing yang berkemampuan, kita marah. Dah, kata kita tak mampu. Biarlah ianya dibeli oleh mereka yang berkemampuan.

Apabila kerajaan tawarkan rumah mampu milik, kita tidak pula mahu rebut peluang tersebut. Alasan tak mampu. Tak lepas loan.

Jika rasa tak lepas loan, kenapa tidak kita berusaha supaya bagi lepas? Kenapa tidak mahu belajar dan cari ilmu kewangan untuk pastikan loan kita akan lepas untuk beli rumah?

Hakikatnya, kita hanya tahu complain sahaja. Ini tak kena. Itu tak kena. Kerana complain itulah kerja yang paling senang yang kita boleh lakukan.

Kesudahannya sampai mati pun kita tak dapat beli rumah sendiri.

Inilah realiti orang kita..

Manakala bagi Dr Azizul Azli Ahmad, seorang pelabur dan pakar hartanah, beliau akui dan perasan mentaliti rakyat Malaysia sebenarnya suka membeli hartanah baharu kerana cantik dan ‘wangi’ walhal tidak mampu dari segi keupayaan kewangan.

Jadi sebagai penyelesaiannya, beliau memberi nasihat kepada rakyat Malaysia yang tertekan dan sukar memiliki hartanah dengan membeli rumah pasaran sekunder atau subsale.

Beli unit rumah sekunder (subsale) adalah kerana harga yang ditawarkan lebih murah dan ‘tulen’. Antara tips yang beliau ada kongsikan adalah,bila harga rumah ‘Sangat Tak Mampu Milik’ tetapi kita tetap perlukan rumah. Belilah rumah yang Gaji x 12 x 6.5 = Harga Rumah Layak kita beli.

Jika kawasan kita suka, mahal tahap gila gila. Buat satu maping kawasan baru. Lihat di Google Map kawasan yang jaraknya sama ketempat kerja. Adakala kita terlalu selesa dengan laluan yang sama ketempat kerja.

Saranan beliau adalah mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana, sebaiknya 3 bilik 2 bilik air sahaja.

Jangan jadikan harga rumah mahal sebagai alasan untuk tidak beli kediaman. Masih banyak kediaman pasaran sekunder dan lelong yang masih dara dan teruna dipasaran hari ini.

Jadi, elakkan sikap jual mahal dan belilah rumah yang kita mampu beli.

BACA: Harga Rumah Makin Lama Makin Mahal, Apa Puncanya?