Saya dapat beberapa foto dari pembeli kecewa ini. Keadaan rumah yang dimasuki air dan kualiti rumah teruk buat dia sangat kecewa.

“Dulu waktu Doktor tulis pasal bumbung pendek, saya baru tandatangan SNP rumah ini, sekarang saya dah dapat kunci”.

“Waktu itu saya anggap, oh ini tak akan jadi punya pada kami. Saya nak pujuk hati” katanya kecewa.

Saya nampak dia kecewa sangat.

Rumah Kualiti Teruk 

“Saya pernah naik atas bumbung lepas hujan, sebab air masuk ikut salur elektrik kedalam rumah. Rupanya air langsung tak berjalan, bertakung sekelompok besar macam kolam atas bumbung”.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

“Air tak jumpa jalan keluar” katanya cuba berjenaka tetapi tak boleh nak ketawa!

Saya pernah tulis tentang rumah tanpa bumbung dan bumbung pendek ini dua tahun yang lepas.

Kediaman jenis ini bagus macam mana sekalipun kontraktor dan pemajunya. Ia tetap akan beri masalah dimasa depan. Cuaca kita tak sesuai dan jumlah hujan yang terlalu lebat.

Jika rumah yang kita baru terima kunci, ada banyak kesan lembapan air. Buat aduan segera kepada pemaju. Apa kita perlu lakukan?

  1. Setiap rumah ini ada TEMPOH JAMINAN iaitu tempoh liabiliti kecatatan (defect liability period). Tempoh ini biasanya adalah 24 bulan.

  2. Jika banyak kecatatan dan kerosakan, buatlah satu surat rasmi kepada pemaju dan hantar salinan kepada penguam yang sediakan SNP kita.

  3. Dalam tempoh 30 hari pemaju wajib baiki keadaan kediaman dalam keadaan baik dan sedia diduduki.

  4. Selepas 30 hari dari tarikh surat, kita boleh lantik mana mana kontraktor untuk sediakan satu sebut harga dan hantar sebut harga tersebut kepada pemaju dan beri salinan kepada peguam.

rumah kualiti teruk

Gambar: propertynet.sg


5. Jika pemaju tetap berkeras dan membisu selepas 14 hari, kita boleh arahkan kontraktor dilantik untuk mulakan kerja pembaiki.

  1. Bila semua kerja baiki dan siap, hantar invois kepada peguam . Ingat, kerja pembaikan sahaja. Jangan sesekali tambah ubahsuai pula besarkan dapur pula.

7. Penguam akan membayar kontraktor tersebut dari duit pertaruhan 5% yang dipegang oleh peguam

  1. Jika peguam dan pemaju, buat buat bodoh badak! Terus buat aduan kepada failkan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah.

Sebenarnya dalam SNP ada semua panduan dan hak ini Cuma kita tak faham bila baca. INGAT, kita bukan orang kaya, mungkin rumah itu sekali sahaja kita beli. Jika pemaju tipu atau buat rumah dengan kualiti yang buruk. Kita akan tanggung hutang selama 30 tahun kedepan.

Tuntut hak kita sebagai pembeli, jangan beli kediaman dari pemaju yang tidak beretika.

 

Azizul Azli Ahmad
Seorang tenaga pengajar di IPT, tapi banyak berceloteh pasal pengurusan kewangan. Banyak berkongsi tips kewangan, budget harian, bulanan dan sebagainya di Facebooknya.

Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.