Dulu isu projek 1MDB ni heboh satu Malaysia. Memang setiap hari naik cerita pasal 1MDB tu saja. Mungkin ada jugak yang tak tau apa tu 1MDB ni.

1Malaysia Development Bhd. (1MDB) adalah syarikat 100% milik kerajaan. 1MDB ni dikatakan sebagai syarikat pembangunan strategik dengan visi untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing serta melakukan sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.

“Apa Isu Projek 1MDB Sebelum Ni?”

1) Terlibat dengan skandal penyelewengan wang terbesar di dunia yang dikendalikan siasatan kes oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Menurut DOJ, sekurang-kurangnya USD3.5 billion telah dicuri dari tabung 1MDB dan akaun dana dalam 1MDB pula sering digunakan oleh pegawai tinggi 1MDB seperti akaun peribadi sendiri.

Dapat dilihat dengan gaya hidup pegawai-pegawai tersebut tiba-tiba terlebih mewah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

2) Isu Jho Low seorang pemuda berusia 29 tahun yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi bersama 1MDB atau PetroSaudi. Tapi diberi kepercayaan oleh Dato’ Sri Najib kononnya untuk uruskan dana 1MDB.

3) Isu filem ‘Wolf of Wall Street’, dibuat oleh syarikat milik anak tiri Dato’ Sri Najib, nama dia Riza Aziz. Tahun 2012, syarikat si Riza ini dapat duit daripada 1MDB sebanyak USD238 juta, iaitu kira-kira RM741.6 juta.

Tapi 1MDB cakap mereka tiada apa-apa kepentingan dengan syarikat Riza Aziz, tapi mengapa ada pemindahan wang yang terlalu banyak.

Ada lagi isu-isu 1MDB ni, tapi lepas tu diam je tak dengar berita seperti selalu. Tertanya jugak apa khabarnya Projek 1MDB ni.

“Ke Mana Hilang 1MDB?”

projek 1mdb
Image: tv14.my

Projek 1MDB masih lagi ada dan kini memunculkan diri dengan CEO nya iaitu Arul Kanda yang sekarang giat aktif buat roadshow dan LIVE.

Nak dekat PRU14 baru nak aktif buat roadshow untuk menerangkan isu 1MDB. Sebelum ni katanya ada, tapi tak aktif macam sekarang. Jom tengok sikit apa isu yang dia cover.

1) Hutang. Arul Kanda mengatakan 1MDB dah berjaya mengurangkan hutang daripada RM50 billion kepada RM31 billion. Nampak tak bertapa banyaknya hutang 1MDB ni.

Tapi menurut satu sumber, hutang tu dilangsai dengan menjual aset 1MDB yang dibeli dengan pinjaman bank pada harga yang lebih murah.  Jadi takda yang special pun kat sini sebab mereka dah kerugian.

Umpama anda beli rumah harga RM300,000 dengan loan bank, anda terpaksa jual rumah anda pada harga RM100,000 sebab terdesak nak settlekan loan yang lain. Kerugian anda bukan RM200,000 tau, tapi lebih sebab dikira dengan interest bank.

2) Isu saman daripada DOJ. Dia mengatakan yang saman tersebut tak ada kerana kes itu baru difailkan dan bukannya naik mahkamah lagi pun.

3) Isu RM2.6billion. Arul menegaskan yang 1MDB tak pernah transfer walaupun 1 sen kepada Dato’ Sri Najib. Wang itu bukan dari 1MDB.

Ada lagi isu dia cover tapi tak puas hati sangat dengan jawapan dia agak kurang mendalam, agak general sikit. Kalau anda ada soalan boleh ikut website dia www.arulkanda.com dan boleh semak bila next roadshow. Boleh hadir terus ke roadshow dan tanya direct dengan dia. Apa pun, dia ni kira ok la jugak sebab ada buat penerangan berbanding dengan orang lain yang terus tak nak jumpa sesiapa bila ada isu. Semoga isu 1MDB ni dapat settle cepat-cepat.

BACA LAGI: Projek MRT manfaat ke?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.