Apa benda ni persempadanan semula SPR ni? Kalau yang tidak biasa dengan politik ni mungkin kurang faham. Persempadanan semula adalah proses yang boleh dikatakan setiap 10 tahun kita akan buat, dengan tujuan untuk mengimbangi jumlah pengundi di sesuatu tempat.

Persempadanan Semula SPR

Mungkin ramai tertanya apa yang SPR buat dalam persempadanan semula ni. SPR boleh menambah kerusi DUN dan Parlimen, boleh ubah tempat mengundi, ubah bilangan pengundi, dan beberapa perkara lagi.

Kalau PRU13 anda mengundi di tempat yang lain, tiba-tiba PRU14 anda mengundi di pusat mengundi yang lain pulak, DUN atau Parlimen lain. Ha, yang tu la hasil daripada persempadanan semula SPR. Semak pusat anda DI SINI.

Apabila SPR becadang nak buat persempadanan semula, parti pembangkang memang la tak nak terima. Proses ni ada kemungkinan terdapat pihak yang nak ambil kesempatan.

Tetapi, wakil daripada SPR menegaskan yang persempadanan semula bahagian pilihan raya dibuat berdasarkan kemajuan dan pembangunan demografi kawasan dan penduduk bukannya untuk memenangkan parti pemerintah

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau anda nak tahu, ada satu teknik yang mana anda boleh menang walaupun pengundi anda adalah golongan minorit.

Teknik Menang Pengundi Minoriti

Kita buat satu contoh ye. Bayangkan sebuah kampung namanya Kampung Kelam Kabut, nak buat undian untuk pilih ketua kampung. Tok Ali akan bertanding dengan Tok Mat.

Mengikut sebelum ni, Tok Ali memang akan kalah sebab peyokong Tok Mat ada 35 orang, penyokong Tok Ali ada 25 saja. Boleh tengok gambar bawah ni, saya buat khas untuk anda:

Persempadanan Semula SPR

Kalau ikut sempadan kawasan undian yang lama, Tok Mat menang 5 kawasan berbalas 1. Tok Ali kaji semula statistik pengundi kawasan, dia pun pujuk untuk buat persempadanan semula.

Selepas persempadanan semula, Tok Mat menang besar untuk 2 kawasan, dia pun yakin boleh menang. Lepas Tok Ali lak menang 1 kawasan, menang nipis je. Tok Mat gelak je.

Bila keputusan penuh keluar, Tok Ali menang 4 kawasan berbalas 2 kawasan. Walapun 4 kawasan yang Tok Ali menang tu hanya menang nipis, tetapi Tok Ali berjaya jadi ketua Kampung Kelam Kabut. Rancangan Tok Ali berjaya.

Persempadanan Semula SPR

Apa sebenarnya Tok Ali buat? Tok Ali telah letakkan majoriti besar peyokong Tok Mat dalam satu kawasan. Dia biarkan mereka menang besar. Baki penyokong Tok Mat yang lain, dia bahagikan sikit-sikit ikut kawasan supaya penyokong dia boleh menang walaupun nipis.

Yang atas tu cuma contoh mudah je. Apa yang dilakukan oleh SPR adalah lebih rumit kerana mereka ada data yang kita tak ada. Saya juga tak nafikan yang persempadanan untuk pengimbangan pengundi. Ada benarnya jugak sebab pengundi baru beratus ribu yang daftar untuk PRU14 ni.

Cuma, kemungkinan ada pihak ambil kesempatan pun tetap ada. Jadi, adakah situasi yang sama bakal terjadi dalam PRU14 akan datang? Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah hasil persempadanan semula SPR kepada rakyat. Anda semua boleh nilaikan nanti.

BACA LAGI: Manifesto BN Berkaitan Hartanah

BACA LAGI: Manifesto PH Berkaitan Hartanah

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.