Artikel

Perangai Penyewa Rumah Ni Boleh Buat Semua Owner Angkat Tangan

Perangai Penyewa Rumah Ni Boleh Buat Semua Owner Angkat Tangan

Perangai penyewa macam ni boleh buat semua owner angkat tangan beb!

Pernah tak anda bayangkan menyewakan rumah kepada penyewa dan rumah anda dijadikan dalam keadaan ang sangat kotor dan menyedihkan? Sayangnya ini yang terjadi kepada tuan rumah yang ini atau lebih mesra dikenali akak A. Dia menyewakan rumahnya kepada sekumpulan gadis yang akhirnya menjadi mimpi ngeri untuknya.

Sudahlah rumahnya kelihatan kecoh daripada luar bagaikan ada mesyuarat tergempar pada kali itu ketika tuan rumah datang melawat setelah diminta oleh salah seorang penyewa rumahnya untuk datang ke sana.

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

Ketika pintu rumah dibuka oleh menyewa, rasanya mungkin anda semua boleh pengsan atau histeria apabila mendapati baldi, periuk, penyapu semua dah bersepah di ruang tamu! Sudahlah akak ni nak berlakon ayu pulak untuk berlari-lari anak kedapur.

Di dapur pun lebih kurang jugak azabnya, apa yang anak-anak dara si semua dah buat dengan rumah akak ni kan? Part ni yang best, penyewa seorang lagi berada di bilik air sedang mencurah air ke kakinya yang melecur sambil memaki hamun. Yang penyewa lagi seorang memaki hamun bagai dirasuk syaitan!

Rupanya semuanya berlaku atas salah faham antara penyewa yang masih bersikap kebudak-budakan ini. Rumah ini memangnya nampak kotor. Keadaan di dalam rumah tak usah cerita takut susah nak makan pula nanti

Dari sinki yang tersumbat, tandas yang membuatkan anda cabut lari, periuk nasi berlendir dan berulat dan botol minyak pun sampai dibiarkan berulat. Tuan rumah dah giveup dengan diorang ni. Akhirnya tuan rumah mengambil keputusan untuk meminta mereka keluar dari rumah dengan segala hormatnya.

Leave a Reply