Anda berminat untuk melabur dalam hartanah untuk dijadikan rumah sewa? Jadi, anda kena siapkan mental jika penyewa tinggalkan rumah anda macam reban ayam.

Bukan niat nak takutkan anda, cuma untuk mempersiap mental anda untuk menghadapi situasi-situasi yang menyakitkan hati jika dapat penyewa dari neraka bak kata orang.

Contoh Penyewa Dari Neraka

Banyak kes-kes penyewa macam ni jadi viral dekat website dan media sosial.

Jom tengok sikit contoh daripada beberapa website yang pernah story kes macam ni:

Daripada OhBulan

Kes bawah ni pernah viral dekat instagram dan facebook kalau anda ada terbaca sebelum ni

Ini pula story daripada The Reporter

Kita yang tengok pun dah sakit hati, apatah lagi owner yang jadi mangsa disebabkan penyewa yang macam ni.

Kalau anda nak pantau pun, takkan la tiap-tiap bulan nak pergi tengok. Kalau family yang sewa, lagi la tak appropriate nak pantau tiap-tiap bulan kan.

Dah jadi macam tu, yang nak kena cuci, nak kena repair semua tu owner jugak. Penyewa dah lari ke mana dah.

Bayangkan kalau rumah kita sewakan tu, kita dah renovate dan cat cantik-cantik, setahun lepas tu jadi macam gambar kat atas tu. Memang rasa nak mengamuk kan.

Kalau boleh elak, kita cuba elak daripada dapat penyewa macam tu.

Cara Elak Dapat Penyewa Dari Neraka

Ada beberapa cara untuk elakkan daripada dapat penyewa dari neraka ni. Antara yang boleh anda lakukan ialah:

1) Berjumpa dan interview bakal penyewa

Memang orang akan kata anda owner yang sangat leceh/berkira. Tapi tu rumah anda dan anda yang nak kena keluarkan duit jika terjadi apa-apa.

Pentingnya untuk interview ni sebab daripada soalan-soalan yang anda tanya tu la anda boleh dapat hint bakal penyewa anda tu macam mana.

Boleh tanya tentang sebab pindah rumah lama, tempat kerja di mana, kenapa cari kawasan tu, income tetap ke, kerja apa, dan beberapa soalan yang tricky.

Kalau penyewa tu ada masalah, dia memang tak nak jawab soalan tu atau akan mempertikaikan anda.

Kalau penyewa yang OK, dia akan faham kenapa anda tanya macam tu dan tak ada masalah untuk jawab soalan anda.

2) Siasat latar belakang

Ini kalau anda nak tapis lagi, boleh mintak alamat rumah lama dan nombor telefon rumah lama. Mintak juga business card penyewa anda tu.

Anda boleh contact owner lama dia untuk tanya tentang dia dari segi bayaran sewa pernah tertunggak ke tak, rumah dia tinggalkan bersih ke tak, dan beberapa soalan yang anda rasa perlu.

Business card pulak untuk pastikan dia betul-betul kerja situ. Kadang-kadang ada yang menipu pekerjaan, akhirnya tak dapat bayar dan lari macam tu ja.

3) Tenancy Agreement

Yang ini perlu ada dan perlu dimatikan dengan setem hasil untuk jadikannya dokumen yang sah.

Dalam tu anda perlu baca dan pastikan setiap terma yang dinyatakan dengan teliti terutama bab kerosakkan.

Boleh mintak lawyer buatkan dengan sedikit kos tapi berbaloi untuk lindungi hak sebagai owner.

Nak sewakan rumah nampak je macam senang, tapi banyak jugak yang anda perlu bagi perhatian dan berhati-hati. Harap artikel ni dapat membantu anda.

BACA LAGI: Apa Nak Buat Kalau Penyewa Tak Nak Bayar?