Hari ini Admin ada baca berita tentang renovation rumah di Puchong Jaya akan dirobohkan. Penduduk di Jalan Tiong 16, Puchong Jaya telah memohon kepada Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk mengecualikan mereka dari program MPSJ untuk mengesahkan renovation yang telah dilakukan oleh mereka. Walaubagaimanapun, undang-undang tetap undang-undang.

Mereka mengatakan bahawa rumah mereka sudah sangat lama dibina dan tidak mempunyai pelan renovation. MPSJ pula menguatkuasakan pengesahan renovation pada Februari tahun lepas. Jadi penduduk / tuan rumah yang sudah lama renovate rumah mereka tidak dapat mencari pelan renovation yang sudah lama dibina.

Sejak bulan Mac tahun ini penduduk Puchong dan Serdang sering menerima notis dari MPSJ mengingatkan mereka untuk menghantar pelan renovation  dan mengesahkan renovation rumah mereka selewat-lewatnya pada hujung Ogos.

Jika mereka tidak menghantar pelan renovation mereka ke MPSJ, pihak MPSJ akan merobohkan renovation “haram” pada rumah mereka dan tuan rumah yang perlu menanggung kos tersebut. Dah la extension rumah dirobohkan. Tuan rumah pula perlu menanggung ganti rugi.

MPSJ juga mengatakan bahawa penduduk / tuan rumah perlu membayar denda sebanyak RM 500 sewaktu pelan dihantar. Ini tidak termasuk yuran pemprosesan ye. Itu harga lain pula.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Salah seorang pemilik rumah Benny NG pula mengatakan dia sudah duduk disini sejak 29 tahun yang lepas. Jadi permintaan MPSJ adalah sangat tidak bertimbang rasa.

“Ini adalah rumah milik ayah saya dan saya tidak dapat mencari pelan renovation kerana ia tidak diberikan kepada nya sewaktu ayahnya meniggal.”

” Ini adalah sangat tidak bertimbangrasa sedangkan 20 tahun yang lalu tidak ada siapa pun yang meminta dokumen tersebut.”

J. Banskaur Niranjan, salah seorang penduduk yang sudah tinggal disitu selama 12 tahun mengharapkan MPSJ untuk memberikan pengecualian terhadap rumah yang lama.

Sebab Banskaur telah buat renovation dapur dan bilik tidur utama sepuluh tahun yang lepas dan dia pun tidak ada pelan rumah.

Admin harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Niat MPSJ ini bagus, cuma cara untuk menguatkuasakan undang-undang ini perlu lebih diteliti dam mengambil kira masalah penduduk.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.