Setiap kali anda membeli rumah secara terus kepada pemaju hartanah, pastikan pemaju wajib ada lesen APDL. Persoalan ini sering berlaku semasa tempoh pembeli booking hartanah yang mereka inginkan, yang mana ianya bertujuan mengelakkan sebarang isu berlaku sewaktu pembelian rumah.

Mesti ramai yang masih tergaru kepala dan tertanya kan apa benda APDL ni?

Apa Itu APDL?

APDL ialah singkatan bagi Advertising Permit and Developer License atau dalam Bahasa Melayunya, Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan. Ia adalah kelulusan yang diperoleh daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengiklankan dan memulakan penjualan produk.

Kerajaan perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka untuk mengelakkan sebarang kesalahan dari segi bila dilancarkan, harga, dan butiran pembangunan. Inilah tujuan APDL dibentuk.

Wajib ada lesen APDL

Di samping itu, ia dapat melindungi konsumer daripada ditipu oleh pemaju. Dalam kes pemaju, mereka juga perlu menunjukkan lesen dan kebenaran pengiklanan. Dengan cara ini, semua pihak tahu segala-galanya yang perlu mereka ketahui mengenai hartanah tertentu. Pemaju perlu memohon lesen dan perlu ada kelulusan untuk mengiklankan juga. Biasanya kalau anda lihat di surat khabar, mereka akan sertakan sekali maklumat itu di bahagian bawah iklan hartanah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Jadi, apa yang ada di dalam APDL ini akan menjadi lesen pemaju. Ia menunjukkan tempoh sah, tempoh tanah, nama projek, tarikh siap dijangka, harga minimum dan maksimum serta nombor pelan bangunan. Kepentingan dari butiran ini akan muncul apabila masalah serius hadir.

Langkah ini dilaksanakan mengikut Peraturan 5, Akta 118 dengan APDL akan diwajibkan kepada pemaju hartanah yang membina lebih empat unit rumah sebelum mereka dibenarkan membuat sebarang iklan dalam mana-mana saluran media.

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) menyatakan syarikat perumahan tidak boleh mengiklankan penjualan projek tanpa mendapat lesen daripada KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia).

Bagi tempoh lesen APDL diluluskan pula, ia bergantung pada keadaan dan proses untuk memastikan semua spesifikasi dari segi landskap serta lain-lain yang diperlukan di dalam pelan pembangunan dipenuhi. 

Sekarang anda dah tahu apa itu lesen APDL dan kenapa pemaju wajib ada lesen APDL. Semoga bermanfaat.

BACA: Nak Beli Rumah Baru, Tapi Takut Rumah Terbengkalai? Baca Ni!