Membuat pinjaman perumahan, loan atau mortgage boleh menjadi tindakan dan usaha yang sangat berat. Mana tidaknya, pinjaman yang biasanya diambil daripada pihak bank bukan setakat ratusan ringgit malah ratusan ribu yang bakal kita pinjam dan tak mustahil untuk juta.

Ia akan jadi satu benda yang membebankan jika kita menanggung pembayaran balik loan tersebut seorang diri. Sebaliknya, salah satu cara untuk mengurangkan beban individu dan meningkatkan peluang mendapatkan pinjaman loan dengan lebih mudah adalah untuk combine loan atau joint loan dengan orang lain.

Tak kisah sama ada pasangan, ibu bapa, anak-anak, saudara mara dan lain-lain. Soalnya, patut atau tidak anda buat joint loan?

Ianya boleh jadi patut dan ianya boleh jadi tak patut. Maka, sebelum anda membuat joint loan anda kena semak dan ambil tahu dulu perkara-perkara ini.

1- Semak Skor Kredit

joint loan
Sumber: http://loanstreet.com.my/learning-centre/everything-about-ccris

Skor kredit anda adalah salah satu faktor yang paling penting dalam memenuhi syarat untuk pinjaman. Kaji laporan kedua-dua laporan kredit anda, sama ada melalui CTOS atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), untuk kesilapan, akaun tidak dibayar atau akaun pengumpulan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Oleh itu, jika pasangan anda mempunyai skor kredit yang lemah, ia mungkin menjejaskan margin pembiayaan anda. Sepatutnya tinggi, tapi jadi rendah pula.

2- Fikirkan Jangka Masa Panjang

Simpanan untuk bayaran pendahuluan/downpayment mungkin lebih mudah untuk pasangan buat kerana terdapat dua orang yang menyumbang ke arah jumlah ini. Walau bagaimanapun, pasangan sepatutnya lebih bijak apabila membuat keputusan mengenai belanjawan mereka untuk membeli rumah.

Anda perlu membayangkan senario yang tidak diingini seperti jatuh sakit kronik. Mampu atau tidak anda menanggung bayaran bulanan seorang diri jika berlaku perkara sebegini? Tidaklah kita mendoakannya tapi fikirkan.

Adalah tidak digalakkan untuk anda membeli rumah yang mengikut maximum kelayakan dan maximum pinjaman. Sebaliknya, belilah rumah mengikut keupayaan kewangan anda dan jangan sampai membebankan pada masa hadapan kelak. Di samping, elakkan jadi mangsa keadaan dan terjerat.

3- Memahami Proses Pembelian Rumah

Sebelum apa-apa anda perlu tahu serta memahami proses pembelian rumah. Minta penjelasan daripada mereka yang mahir dalam bidang hartanah misalnya peguam hartanah atau ejen hartanah.

Ianya bertujuan mengelakkan kekeliruan di pertengahan proses pembelian akibat kurang jelas tentang flow yang perlu dilakukan dalam proses tersebut. Kalau anda nak tahu serba sedikit prosedur untuk membeli rumah boleh klik SINI.

4- Pastikan Ada Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti:

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Statement bank 6 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Perjanjian Jual Beli
  • Serta dokumen-dokumen lain yang diminta bank

BACA: Macam Mana Nak Beli Rumah Guna Dua Nama

Berbalik pada isu patut atau tidak anda buat joint loan untuk pembelian rumah? Dalam kebanyakan perkara pun mesti ada pros and cons tersendiri.

Antara kebaikan buat joint loan adalah:

  • Pendapatan gabungan meningkatkan belanjawan pinjaman rumah
  • Kelulusan pinjaman yang lebih mudah hasil pendapatan bersama
  • Kos kemasukan dan pembelian bersama
  • Kurang membebankan dari segi pembayaran bulanan kerana berkongsi.

Keburukan joint loan pula adalah:

  • Rekod kredit semua pemohon dinilai
  • Kurang akses kepada inisiatif pembeli pertama yang berpotensi
  • Kurang akses kepada pengecualian RPGT yang berpotensi
  • Pinjaman bukan keluarga dinilai lebih kritikal

Kesimpulannya, jika buat loan bersama akan memperluaskan peluang anda, maka teruskan. Ini hanyalah tips secara umum sahaja. Diri anda sendiri perlu menilai patut atau tidak anda berbuat demikian.

Semoga bermanfaat.

BACA: Teknik Power Pelaburan Hartanah Daripada Pembiayaan Semula

Sumber Rujukan: IProperty, PropertyGuru

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.