Boleh dikatakan ramai yang dah mula berminat untuk menceburi bidang pelaburan terutamanya melibatkan hartanah kerana kebanyakan daripada mereka sudah ada pendedahan tentang literasi kewangan dalam hidup. Tidak kira umur tua mahupun muda. Tanpa panduan asas pelaburan, kita semua akan lebih mudah melakukan kesilapan.

Sejujurnya, hartanah adalah antara instrumen pelaburan yang sangat baik berbanding pelaburan-pelaburan yang lain. Namun begitu, perlu ada kesabaran yang tinggi jika mahu menceburi bidang ini kerana pelaburan hartanah ada risikonya tersendiri.

Jadi, apa panduan asas pelaburan yang perlu anda tahu??

Cari Ilmu

Pertama sekali anda mestilah cari ilmu. Tanpa ilmu anda tak akan ada guide ‘macam mana’ serta ‘apa yang patut’ anda buat dalam bidang pelaburan hartanah. Ia menjadi asas terpenting sebelum mengorak langkah yang seterusnya. Dengan adanya ilmu anda akan dapat meminimakan risiko dalam pelaburan anda.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Anda boleh join mana-mana seminar pelaburan hartanah atau program hartanah berbayar yang ada di Malaysia ini. Jangan kedekut untuk invest kan sedikit masa dan wang anda sebagai permulaan. Sebab inilah yang akan membezakan anda melabur pakai otak atau pakai hentam. Selain itu, boleh juga dapat info hartanah secara percuma menerusi video, blog, atau perkongsian artikel yang ada di media sosial dan kebanyakan laman web.

Niat Serta Tujuan Melabur

Tanya pada diri anda. Apa niat serta tujuan sebenar anda hendak mula melabur dalam hartanah. Nak kaya cepat? Tercabar tengok rakan yang lain dah ada rumah pelaburan, jadi anda pun perlu beli juga? Nak jadikan rumah sebagai tabung? Nak jana pendapatan sampingan? Nak capai kebebasan kewangan?

Kenalpasti dulu tujuan sebenar anda. Jangan bertindak melulu dan mengikut nafsu. Perlu realistik dalam mempertimbangkan soalan-soalan sebegitu. Semak dan ambil kira apa yang patut dari segi kewangan, kelayakan dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi mencapai matlamat yang diimpikan.

Asas Kewangan Yang Baik

Pastikan asas kewangan anda sudah ada dan dalam keadaan yang baik barulah boleh melabur. Buatlah simpanan secukupnya iaitu 3 hingga 6 bulan gaji kerana membeli rumah untuk pelaburan memerlukan kos seperti deposit, kos guaman, insuran dan lain-lain.

Jangan lupa untuk buat simpanan dana kecemasan bagi rumah pelaburan anda. Simpanan ini perlu konsisten walaupun sikit jumlahnya. Dana ini bertujuan untuk mengelakkan masalah timbul pada masa akan datang misalnya rumah dilelong kerana gagal membayar pinjaman dengan baik.

BACA: Tahan 6 Nafsu Jika Hendak Jadi Pelabur Hartanah Muda

Semak Kelayakan

Seterusnya anda perlu semak kelayakan untuk beli rumah. Kebiasaannya, kelayakan anda akan dikira berdasarkan Debt Service Ratio (DSR). DSR ialah tahap kemampuan anda untuk mendapatkan pembiayaan bank bagi membiayai rumah anda.

Anda boleh semak kelayakan anda di bank atau boleh kira sendiri bagi yang sudah tahu caranya. Bagi yang masih tidak tahu cara untuk mengira kelayakan, anda boleh rujuk artikel ini: Cara Kira Kelayakan Untuk Beli Rumah.

Tujuan kita perlu kira kelayakan ini terlebih dahulu adalah untuk kita tahu anggaran kos perbelanjaan hartanah yang mampu kita miliki. Justeru itu, kita dapat elakkan diri dari terjerat membeli hartanah di luar kemampuan kita. Belilah ikut kelayakan dan bukannya ikut demand sendiri.

Buat Market Study

Buat kajian pasaran hartanah yang ada di Malaysia. Lokasi mana yang  berpotensi dan lokasi mana yang tidak. Dekat situ anda dah boleh tahu median harga kawasan, anggaran sewa bulanan, apa demand penduduk, demografi dan banyak lagi.

Adalah lebih baik untuk anda buat market study untuk semua jenis hartanah sama ada subsale, undercontsruction atau lelong sekali pun. Bila mana anda buat study untuk kepelbagaian subsektor hartanah, anda boleh membandingkan mana satu pilihan yang terbaik yang boleh beri pulangan menarik pada masa akan datang.

Natijahnya, semua orang ada goal masing-masing. Ini hanyalah panduan asas sahaja. Info selebihnya sudah diberitahu pada poin pertama penulisan. Panduan akan kekal jadi panduan jika tiada tindakan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

BACA: 3 Strategi Pelaburan Hartanah Yang Paling Penting Sekali Di Dunia