Apa tu Pan Borneo Highway ni? Mesti anda tertanya-tanya, kalau saya tak letak Sarawak kat tajuk, mungkin ada yang tak tau kat mana Highway Pan Borneo ni kan.

Highway Pan Borneo ni adalah highway untuk memudahkan orang Sarawak dan Sabah di sana.

Kalau kat semenanjung kan ada highway PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan) yang connect dari Perlis/Kedah hingga la ke Johor.

Tapi dekat Sarawak tak ada highway macam PLUS tu, yang ada cuma jalan biasa 1 lane setiap arah atau dipanggil 2-lane single carriageway tu ja.

Bila ada 1 lane ja untuk 1 arah, susah tau. Saya pernah bekerja di Sarawak, nak bergerak daripada Kuching ke Miri, berbelas jam ambil masa kerana jalan kecil.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Saya terpaksa bawa slow, pastu kalau ada lori balak pulak, bukan sebuah ja. Sekali lori balak datang, selalu 10 buah beratur atas jalan, terpaksa la follow slow-slow. Nak potong tak boleh sebab terlalu panjang, 10 buah lori tu.

Perkembangan Pan Borneo Highway

Pan Borneo Highway ni bermula dari Telok Melano sehingga ke Miri dan disambung juga hingga ke Tawau, Sabah merentasi negara Brunei. Panjangnya dalam 2,325km.

Ha, maknanya highway ni akan jadi yang terpanjang di Malaysia sebab PLUS panjangnya baru 772km ja.

Highway ni adalah “four-lane, dual carriageway of JKR R5 standard” yang membenarkan hadlaju sehingga 100km sejam. Paling best tidak ada TOL.

Pan Borneo Highway

Image: gerbangpost.com

Dijangka siap 2023. Dalam 5 tahun lagi kan nak siap, bukan senang nak buat projek besar macam ni.

Kos yang terlibat dianggarkan sebanyak 29 billion.

Mengikut website Pan Borneo, setakat awal tahun 2018, highway ni dah mencecah lebih dari satu pertiga daripada jangka pembinaan.

Dah siap nanti, pasti highway akan dapat menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan lebih effective. 

Pekan-pekan kecil yang akan di lalui oleh highway tu boleh dijadikan R&R dan sekaligus dapat membangunkan pekan-pekan tu.

Dijangkakan dengan adanya highway ni nanti akan memberi impak yang positif kepada perkembangan ekonomi, perlancongan, logistik, dan juga infrastruktur di Sabah dan Sarawak.

BACA LAGI: Projek ECRL Permata Timur?