Bulan-bulan puasa ni adalah bulan rahmat. Dan sepanjang Ramadhan ini kita dikurniakan peluang yang tak boleh dibuat pada bulan lain, iaitu solat taraweh. Bukan kah best kalau dapat cari rumah dekat dengan masjid? Nak ke masjid boleh jalan kaki sahaja. Kalau nak bangun subuh pun dah ada orang azan kejut pagi-pagi.

Apa yang best kalau rumah dekat dengan masjid ni? Selain daripada bulan puasa tahun depan nanti senang nak jalan kaki ke masjid, tiap-tiap hari solat fardhu pun senang nak ke masjid. Subuh boleh jalan ke masjid, maghrib dan isya pun boleh jalan kaki je ke masjid. Yang best nya, boleh bergaul dengan ahli kariah masjid. Bila ada program-program masjid, kita lah yang paling awal datang. Best dapat hidup berjiran macam tu.

Jadi, jom kita tengok 5 masjid dan lokasi kejiranan yang dekat je dengan masjid!

 

Masjid Bandar Bukit Puchong

Masjid Bukit Puchong – imej dari pentas hidup aurora

Masjid ini terkenal di kawasan Bukit Puchong. Lokasi ini merupakan lokasi majoriti di huni oleh orang Melayu Muslim. Dekat Bukit Puchong ni ada restoran Willy Satay, antara kedai sate terkenal di Lembah Kelang. Kawasan ini juga adalah kawasan yang baik dengan macam-macam kedai berdekatan bahkan Tesco juga berdekatan kawasan ini juga.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Antara perumahan yang ada di kawasan ini yang dekat dengan masjid ini adalah:

  1. Nilam Puri Condominium
    Bersaiz ~900sqft dengan 3 bilik berharga RM 380,000 hingga RM480,000
  2. Taman Puchong Utama
    Rumah teres 2 tingkat FREEHOLD dengan 4 bilik berharga dari RM450,000
  3. Baiduri Court Apartment
    Apartment 3 bilik FREEHOLD dari harga RM 250,000 hingga RM350,000

 

Masjid At Taqwa Desa Serdang

Masjid At Taqwa Desa Serdang – imej dari flickr

Masjid ini terletak di Desa Serdang dan berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia. Ianya dikelilingi kawasan industri dan perumahan. Kebanyakan rumah di kawasan ini adalah perumahan murah dan mampu milik. Selain itu, kedai-kedai dan restoran juga banyak terdapat di kawasan ini.

Harga pasaran rumah di kawasan ini bagi flat 2 bilik bersaiz 800 sqft adalah dari RM70,000 ke RM120,000 manakala untuk rumah teres 2 tingkat 4 bilik adalah dari RM400,000 ke RM500,000.

 

Masjid Al Umm Bangi

Masjid Al Umm Bangi – imej dari drshafie.blogspot.com

Di Bangi sendiri banyak masjid yang ada di sekitar kawasan Bangi. Di bandar Bangi sendiri, ada masjid yang terletak di kawasan bandar tersebut. Ini kerana Bangi adalah kawasan majoriti Melayu Muslim. Yang best nya adalah di kawasan Bangi juga terletak banyak kedai makan yang best dan sedap.

Masjid Al Umm ini terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Ia nya dikelilingi oleh rumah teres, semi-d dan banglo. Kawasan ini juga adalah kejiranan yang baik dengan ada beberapa sekolah berdekatan, pasar dan kedai-kedai berdekatan.

Kebanyakan rumah di kawasan ini adalah rumah teres, semi-d dan banglo bermula dengan harga RM 400,000 hingga lebih RM 1 juta!

 

Shah Alam

Masjid Kampung Baru Hicom – imej dari instantstreetview

Di Shah Alam ni banyak sungguh masjid. Sama juga macam Bangi. Yelah, kawasan majoriti Melayu Islam kan. Antara masjid yang ada di sini selain Masjid Sultan Abdul Aziz Syah yang tersergam indah, banyak masjid lain juga, antaranya :

  • Masjid Kampung Baru Hicom
  • Masjid Taman Seri Muda
  • Masjid Al Azhariah Seksyen 18

Di dalam kawasan ketiga-tiga masjid ini ada banyak masjid lain lagi berdekatan. Senang kata di kawasan ini sahaja ada 5 masjid dalam radius 5 km.

Apa rumah dekat dengan masjid di kawasan ini?

  1. Meditteranean Apartment
    3 bilik 2 bilik air dengan saiz 878 sqft dan berharga dalam RM150,000-170,000
  2. Pangsapuri Damai
    3 bilik 2 bilik air dengan saiz ~1000sqft dan berharga dalam RM350,000
  3. Valencia Apartment
    2 bilik dengan size ~520sqft dan berharga dari RM60,000-RM100,000
  4. Rumah teres pula dalam lingkungan RM 400,000 hingga RM600,000.

 

Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

Masjid Tengku Ampuan Jamaah-imej dari flickr

Ini masjid yang terkenal. Terletak di kejiranan Bukit Jelutong yang aman dan tenteram. Masjid ini adalah masjid yang menjadi kegemaran Tuanku Sultan Selangor untuk mengerjakan solat dan mengadakan majlis baginda. Masjid ini sangat selesa dan besar dan boleh memuatkan jemaah yang ramai.

Banyak taman perumahan dari rumah teres, semi-D hingga lah ke kondominium yang berada di sekeliling kawasan masjid ini. Jadi, apa rumah dekat dengan masjid di kawasan ini?

Kondominium yang terdekat adalah Suria Residence dan Suria Jelutong Service Apartment. Suria Residence adalah sebuah kondominium 2 ke 3 bilik yang baru dan masih dalam proses untuk Vacant Posession oleh pemaju. Harga awal jualan dalam lingkungan RM400,000.

Suria Jelutong pula adalah sebuah servis apartmen yang bermula dari 1 bilik ke 3 bilik. Harganya pula bermula dari RM340,000.

Selain itu kalau untuk mencari rumah teres di Bukit Jelutong berdekatan Masjid ini, harga pasaran rumah teres di Bukit Jelutong dari RM850,000 dan datang dengan 5 bilik.