Kebanyakan daripada rakan pembaca banyak bertanya pendapat berkaitan dengan beli rumah terutamanya tentang nak beli rumah dulu atau menyewa dulu.

Mula-mula dapat kerja semua orang mesti la menyewa dulu melainkan ada mewarisi rumah daripada keluarga.

Bila sampai satu tahap, gaji dah cukup untuk beli rumah, akan timbul la persoalan beli rumah dulu atau menyewa dulu.

Kadang-kadang ada juga yang baru bekerja pun ada plan nak beli terus rumah daripada menyewa, cuma tak tahu mana yang lebih baik.

Beli Rumah Dulu Atau Menyewa Dulu?

Untuk persoalan macam ni adalah lebih baik jika anda melihat komitment bulanan anda.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Komitment tu bukan setakat pinjaman dengan bank sahaja. Kena semua kegunaan bulanan anda.

Lihat dan catatkan bayaran kereta, bil telefon, internet, astro, minyak kereta, belanja rumah, dan lain-lain jika anda.

Berapa baki yang tinggal kepada anda?

Kenapa perlu tengok semua tu? Sebab bayaran bulanan beli rumah selalunya lebih tinggi daripada sewa rumah. Kecuali kalau anda beli rumah lelong atau pun di kawasan yang harga rendah.

Saya ambil contoh rumah teres 1 tingkat yang berharga RM280,000. Kadar sewa dalam RM700.

Jika anda beli, anda perlukan deposit dan lain-lain kos dalam RM35,000. Bulanan dalam RM1,500.

Atau rumah teres 2 tingkat yang berharga RM450,000 dan kadar sewa RM1,100.

Jika anda beli, anda perlukan deposit dan lain-lain kos dalam RM58,000. Bulanan dalam RM2,300.

Apa yang anda boleh lihat kat atas tu?

1) Deposit dan lain-lain kos yang tinggi

2) Komitment bulanan lebih tinggi

nak beli rumah dulu atau menyewa dulu

Ha, sebab tu la anda perlu pastikan adakah anda mampu untuk membayar komitment bulanan rumah yang lebih tinggi daripada menyewa.

Jika sekarang anda menyewa RM700 sebulan rumah teres 1 tingkat, kalau beli rumah yang lebih kurang sama akan menyebabkan anda menambah lagi RM800 untuk bayar bulanan loan rumah.

Ada selalu terjadi kes di mana seorang itu beli rumah tetapi tak dapat nak tampung komitmen bulanan yang tinggi menyebabkan banyak benda yang jadi tertunggak. Duit simpanan pun dah digunakan untuk deposit rumah.

Tetapi bukan bermaknanya anda tak boleh beli. SANGAT digalakkan untuk membeli rumah bagi yang dah mampu kerana rumah tu adalah satu aset yang penting.

Cuma anda perlu mengukuhkan status kewangan anda. Perlu meneliti lagi perbelanjaan anda sehingga anda pasti yang anda dapat menampung komitmen baru anda nanti. Semoga dapat membantu anda nak beli rumah dulu atau menyewa dulu.

BACA LAGI: Syarat-syarat beli rumah

Nak beli rumah ikut bajet yang diingini? klik sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.