Dua hari lepas ada yang bertanya kepada saya cara untuk batalkan pembiayaan LPPSA. Akibat daripada pandemik Covid-19, isteri beliau yang bekerja di perhotelan telah diberhentikan kerja sebulan lepas. Mereka bercadang untuk terus menyewa dahulu, sementara keadaan ekonomi kembali stabil.

Terdapat tiga jenis pembatalan yang dibenarkan oleh LPPSA.

1) Atas sebab peribadi

Syarat : Pemohon tidak boleh batalkan jika bayaran 100% telah dikeluarkan.

Kesan :

  • Pemohon yang menggunakan pembiayan pertama, dibenarkan untuk mohon semula setelah selesaikan baki pembiayaan. Namun tidak layak untuk pembiayaan kedua.
  • Pemohon yang menggunakan pembiayaan kedua, tidak dibenarkan untuk mohon semula.

2) Projek terbengkalai

  • Pemohon perlu dapatkan surat pengesahan daripada KPKT untuk status projek terbengkalai.
  • Pemohon perlu selesaikan apa-apa bayaran yang sudah dibuat oleh LPPSA. Bayaran balik boleh diselesaikan sekaligus atau ansuran.
  • Pemohon boleh mohon semula sama ada pembiayan pertama atau kedua.

3) Kemungkiran

  • Pembiayaan dibatalkan mula daripada tarikh pelanggan meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian.
  • Kadar faedah masih kekal 4% dengan syarat pemohon membayar pembiayaan secara sekaligus dalam tempoh 30 hari daripada tarikh meninggalkan perkhidmatan.
  • Jika gagal, kadar faedah naik jadi 7%.

Apa yang saya kongsikan ini hanya adalah pembatalan pembiayaan LPPSA sahaja. Lain lagi kesan jika batalkan perjanjian jual beli oleh pemaju (pasaran primer).

Menurut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966, melalui Jadual H, G, I, J tiada peruntukan untuk pembeli batalkan perjanjian. Pembeli tidak boleh batalkan perjanjian jual beli. Pembatalan hanya boleh dibuat oleh pemaju sahaja. Jika ingin teruskan, ada beberapa bayaran penalti dikenakan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Ingin teruskan pembatalan? Fikir masak-masak sebelum buat keputusan terutama jika sudah tanda tangan perjanjian jual beli. Banyak yang perlu ditanggung.

Artikel daripada Tuan Yasir Awaluddin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.