Miliki Rumah Bandar Idaman milik PKNS pada harga RM185, 000.

Dapatkan Rumah Bandar (TOWNHOUSE) 2-tingkat pada harga serendah RM 185,000.Masih tak percaya? Ada ke rumah RM 100 ribu sekarang ni?

Apa yang anda perlu tahu projek perumahan ini milik PKNS. Satu Perbadanan yang dikenali ramai di negeri Selangor malah banyak projek yang telah di bina oleh PKNS. Jadi, pasti anda tidak akan ragu-ragu dengan hasil projek mereka. Kerana mereka telah lama berkecimpung dalam bidang hartanah di Selangor!

Rumah Bandar di Kota Puteri yang telah siap.

 

Deskripsi Rumah Bandar Kota Puteri.

Sebanyak 198 UNIT rumah Bandar 2-tingkat masih menunggu pembelian dari anda.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Pelan Aras Bawah & Pelan Aras Atas.

24’X 45’

Keluasan bermula dari 992 KPS.

3 Bilik tidur dan 2 Bilik mandi.

Kemudahan:

Surau

Tadika

Pejabat Pengurusan.

Rumah Bandar 2-tingkat Kota Puteri ini 100% siap di bina. Pastikan anda rebut peluang keemasan ini !

 

Di mana lokasi Rumah Bandar,Kota Puteri ni?

Seksyen 5, Kota Puteri.

Apa yang menarik tentang Kota Puteri?

Menariknya lagi, Bandar Kota Puteri ini telah dibangunkan oleh PKNS sejak bertahun dahulu. Besar kemungkinan  PKNS telah merancang satu struktur pembangunan di  Bandar Kota Puteri ini menjadikan bandar  ini salah satu bandar yang terancang . Sebab tu dalam kawasan perumahan Kota Puteri, ada bermacam-macam jenis rumah dan fasiliti yang mencukupi. Jadi anda pasti selesa menginap di sini.

Hanya 20minit ke Kuala Selangor yang terkenal dengan tempat bersejarah dan tempat makan yang menarik.

 

Akses ke Kota Puteri.

Lebuhraya LATAR

Lebuhraya Guthrie

Lebuhraya NKVE

Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang.

 

Jadi, Kota Puteri ini sememangnya berada pada lokasi yang strategik di kawasan koridor membangun. Dan ianya dikelilingi Kawasan kejiranaan yang matang.

 

Sekejap…Apa itu Rumah Bandar?

Ada yang beranggapan rumah Bandar ni ialah rumah yang terletak di Bandar. Betul ke? Tengok macam rumah teres 2 tingkat je. Eh, apa rumah Bandar niii?

Rumah Bandar atau lebih dikenali dengan nama Townhouse.  Rumah Bandar sebenarnya merupakan salah satu rumah jenis strata.Atau  rumah bertingkat! Jadi, unit di bawah dan atas milik owner yang berbeza. Tetapi tingkat atas dan tingkat bawah mempunyai keluasan yang sama. Jadi townhouse ini saling tak  tumpah seperti apartment bertingkat, tetapi townhouse hanya mempunyai dua tingkat.

Sekarang anda sudah faham apa itu rumah Bandar?

 

Macam mana nak beli Rumah Bandar,Kota Puteri.

Anda perlu mendaftar di laman web Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS) di bawah program Rumah Selangorku dan pilih Rumah Bandar,Kota Puteri sebagai pilihan anda.

Terima Kasih.

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.