Hari tu bila tarikh PRU14 diumumkan dan jatuh pulak hari bekerja, ramai yang kecoh jugak. Banyak-banyak hari, kenapa la hari bekerja jugak yang dipilih, sukar untuk pengundi nak balik mengundi di kampung dengan masa yang terhad.

Ada jugak majikan yang baik hati bagi cuti free untuk 2-3 hari, ada juga yang bagi sehari. Selain tu, ramai juga yang menawarkan bantuan kewangan untuk yang nak balik mengundi di kampung tanpa mengira parti dengan #CarPoolGE14 #PulangMengundi.

mengundi di kampung
Image: Oh Bulan

Ada juga elaun bantuan balik kampung daripada parti yang bertanding, tetapi SPRM menegaskan yang bantuan daripada parti dianggap sebagai rasuah undi jika dalam bentuk wang ringgit. Tapi kalau parti hantar bantuan bas rasuah jugak ke?

“Kalau Tak Mengundi Di Kampung, Kami Nak Mengundi Di Mana?”

Untuk golongan muda yang mungkin kali pertama atau kali kedua mengundi, anda sebenarnya boleh daftarkan alamat mengundi mengikut alamat di mana anda bermastautin.

Kalau anda mengundi mengikut tempat bermastautin adalah lebih memudahkan terutamanya untuk yang dah berkeluarga. Kalau suami kampung negeri lain, isteri kampung negeri lain, susah nak berpisah balik mengundi di kampung.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Bila isu mengundi hari bekerja hangat dibincangkan, tak lari jugak daripada golongan lidah tajam yang menyalahkan pengundi tak reti tak tukar alamat mengundi ikut tempat mastautin.

Tak perlu nak salahkan pengundi, kalau mereka tak tau kena la bagitau. Lagi pun, ada juga cakap saja tak nak tukar sebab time balik mengundi la semua adik-beradik akan ada berbanding hari raya.

“Macam Mana Nak Tukar Alamat”

Proses yang diperlukan agak leceh sedikit tetapi bukan la satu masalah pun. Lagipun anda ada masa bertahun lagi selepas PRU14 ni.

Yang pertama, anda kena tukar alamat dalam cip MyKad. BUKAN tukar MyKad anda tu, tukar alamat dalam cip je pun dah cukup. Tapi kalau cip MyKad anda rosak, anda kena buat MyKad baru dulu, lepas tu baru apply tukar alamat dalam cip.

mengundi di kampung
Image: MyNewsHub

Kat JPN tu, anda isi je borang penukaran alamat dan tandakan penukaran alamat dalam cip. Caj dikenakan RM2 saja.

Dah settle tukar alamat, langkah kedua anda pergi ke pejabat pos, Pusat Pendaftaran atau Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk tukar alamat.

Nak senang pergi je pejabat pos, bagitau kat kaunter nak tukar alamat mengundi. Nanti staf pejabat pos akan key in maklumat baru anda anda bagi anda salinan.

Penukaran alamat memerlukan 3 bulan ke atas, jadi tukar awal-awal ye, jangan tunggu last minute.

Semoga artikel kami ni dapat membantu anda untuk PRU yang akan datang nanti, tak perlu dah pening-pening fikir macam mana nak balik mengundi di kampung. Dah boleh undi di kawasan anda tinggal dah.

BACA LAGI: Mukadimah PRU14

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.