Baru-baru ini, ada timbul keluhan anak muda di media sosial yang mengatakan beli rumah masa muda ni tak bagus. Ada segelintir tu siap bagi gambaran ‘darkside’ lagi tentang pembelian hartanah yang tak diceritakan oleh semua dan banyak disembunyikan oleh pemaju dan ejen.

Antara yang ada dikatakan adalah orang-orang lama beli rumah bila masuk umur 40 tahun sebab itulah masa yang sesuai. Kerja tetap dan tempoh pencen dah nak dekat. Selain itu, ada yang nyatakan rumah pertamanya adalah Semi-D Dua Tingkat dan akhirnya terpaksa jual sebab terseksa dengan rumah tu.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ni, salah siapa sebenarnya?

Daripada kita mencari salah orang lain, baik cek dulu apa silap diri sendiri. Beli rumah masa muda sangatlah bagus sebenarnya selagi kita ada ilmu. Bila kurangnya pengetahuan, itu yang akan timbul rasa tak puas hati dan menyalahkan orang lain.

Jom kita tahu 3 kebaikan beli rumah masa muda. Lepastu korang nilai lah sendiri. Patut tak patut beli masa muda.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Apa Kebaikan Beli Rumah Masa Muda?

#1 Installment Rumah Rendah

Kalau beli rumah masa muda ni, ansuran bulanan(installment) rumah korang akan jadi rendah. Kalau beli melalui pinjaman, sah-sah tempoh pinjaman akan jadi panjang. Makin panjang tempoh pinjaman, makin rendahlah installment korang.

Biasanya bank akan benarkan korang dapat pinjaman sampai umur 65 tahun(ada sesetengah bank 70 tahun) dan tempoh pinjaman maksimum adalah 35 tahun. Jadi, kalau korang beli rumah masa bawah umur 30 tahun, memang untunglah sebab tempoh pinjaman boleh pergi sampai 35 tahun. Kalau beli umur 40, tinggal berapa je? 25 tahun. Masa jadi pendek, installment pun naik lah.

Bila korang nak beli rumah, kenalpasti tujuan nak beli dulu. Beli sebab nafsu atau perlu? Beli untuk nampak gah dimata orang atau beli sebagai keperluan untuk anak bini tinggal bersama?

Dah ada tujuan, baru buat keputusan. Mana yang mampu, korang beli. Kalau flat yang mampu, beli saja flat. Sebab nanti korang yang menanggungnya. Bukan orang-orang yang puji tu. Tak pasal nanti tercekik nak bayar installment dan duit komitmen lain macam Indahwater, cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain.

BACA: Cara Menyimpan Duit Yang Anda Boleh Buat

#2 Rumah Lebih Murah

“Tipulah rumah murah. Semua mahal-mahal je”

Tak dapat nak nafikan lagi, harga hartanah makin hari makin naik. Sebab itu lah ramai yang galakkan orang muda beli di awal usia. Mungkin peningkatannya tak selari dengan pendapatan. Tetapi ianya selari dengan kenaikan inflasi.

Kalau korang terus tunggu harga hartanah turun, sampai ke sudah tetap naik. Ada yang kata tahun 2018 harga rumah ada turun sikit. Kalau turun pun tengok je lah harga rumah sekarang, masih tak naik ke?

Istimewanya rumah berbanding kereta ialah rumah ada ‘capital appreciation’. Manakala kereta tak ada. Kalau 5 tahun dulu rumah harga RM100k, sekarang dah jadi RM250k. Korang beli awal dah dapat save dalam RM150k. Jadi, berbaloi tak kalau korang beli rumah awal?

Paling penting sekali , korang kena kukuhkan kewangan korang dulu. Nampak kewangan dah cun, boleh go untuk beli rumah. Halakan duit korang pada hutang baik. Nanti korang sendiri happy lepas buat pilihan tu.

#3 Jadi Pelaburan Dan Sumber Pendapatan

Selain daripada saham, hartanah ni antara instrumen pelaburan terbaik yang korang boleh ambil peluang. Tengok pada statistik, 90% daripada jutawan dunia semua terhasil dengan melabur dalam hartanah. Taknak jadi salah seorang daripada mereka ke?

Kalau benih kita dah ada, tinggal kita tuai. Sabar dan tunggu saja hasil.

Salah satu caranya dengan bagi sewa pada orang lain lengkap dengan perjanjian sewa. Nanti bank akan kira sewaan tu sebagai pendapatan kita. Kalau harga rumah tu meningkat pula, korang boleh refinance dan jadikannya modal untuk pelaburan lain. Kan ada duit tambahan tu. Guna konsep ‘money making money’. Mesti korang takkan menyesal beli rumah masa muda.

BACA: 3 Strategi Pelaburan Hartanah Yang Paling Penting Sekali Di Dunia

Kesimpulan

Sebelum beli rumah, buat research dan tambah ilmu. Pastikan korang kaji dulu kawasan tu betul-betul. Apa kemudahan yang ada, akses lebuhraya, pembangunan sekeliling, keselamatan dan banyak lagi aspek.

Bila dah buat semua tu, korang sendiri dah boleh nilai rumah yang korang beli tu berbaloi dan berpotensi tak untuk masa akan datang. Mana tau nak jual atau sewakan ke. Barulah boleh jadi pembeli bijak.

Jadi, korang nilai sendiri, beli rumah masa muda ni bagus atau sebaliknya.  Semoga bermanfaat.