Baru-baru ni jadi viral tentang satu gambar yang keluar di media sosial pasal rumah SelangorKu yang hanya berharga RM 42,000. Mana lagi nak dapat rumah harga macam tu. RM 42,000 kot!!

gambar yang ni lah.

EcoForest By EcoWorld

EcoForest ni sebenarnya adalah satu projek perumahan besar-besaran di Semenyih. Ia nya di bangun kan oleh EcoWorld, pemaju yang terkenal dengan rumah mewah dan cantik. Jadi untuk rumah Selangorku ini adalah usahasama kerajaan negeri dengan pemaju. Dengan persetujuan, maka pemaju akan bina rumah mampu milik bawah program Rumah Selangorku di EcoForest, Semenyih ni.

Jadi, oleh kerana projek ini di bina oleh EcoWorld, kita boleh expect lah workmanship nya bagus juga. Walaupun begitu tak boleh lah expect dapat macam-macam dalam tu macam yang rumah lain dapat.

Kalau di ikutkan dalam gambar tersebut rumah itu pastinya apartment seluas 700 kps dengan 3 bilik dan 2 bilik air dan pada harga RM42,000 sahaja!

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Syarat-Syarat Permohonan Rumah Selangorku EcoForest

1- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.Terbuka kepada semua rakyat Malaysia…
2- Pendapatan bulanan dibawah RM3,000.00
3- Pemohon bujang @ suami isteri tidak mempunyai sebarang rumah kediaman. (Rumah pertama)
4- Rumah hanya untuk didiami, bukan disewa
5- Rumah ini hanya boleh dipindah milik selepas 5 tahun.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon

Untuk Pemohon Bujang

1- Salinan kad pengenalan

2- Salinan penyata gaji terkini (3 bulan)

3- Surat pengesahan bujang dari majikan

4- Salinan penyata CCRIS

5- Salinan Bil Api/Bil Air

6- Salinan KWSP (jika ada)

7- Sekiranya berkerja sendiri-

– Surat akuan bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah

– Surat akuan bujang dari Pesuruhjaya Sumpah

 

Untuk Pemohon Berkahwin Pula

1- Salinan kad pengenalan

2- Salinan penyata gaji terkini (3 bulan)

3- Surat pengesahan bujang dari majikan

4- Salinan penyata CCRIS

5- Salinan surat nikah / daftar perkahwinan

6-Salinan sijil kelahiran ATAU salinan kad pengenalan anak-anak yang dalam tanggungan.

7- Salinan Bil Api/Bil Air

8- Salinan KWSP (jika ada)

9- Sekiranya berkerja sendiri-

– Surat akuan bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah

Deposit

Dah lah rumah ni murah, deposit nya pun lagi murah juga.

Hanya sediakan wang pendahuluan RM1000 sahaja dan juga wang kos guaman sebanyak RM750 sahaja.

Cara Memohon Rumah Selangorku

Untuk tengok projek EcoForest ni, boleh lah ke tapak projek EcoForest ni sendiri di alamat ini No. 1, Persiaran Eco Forest 1, Eco Forest, 43500 Semenyih, Selangor D.E., Malaysia. 

Untuk cara memohon, anda boleh ke pejabat Rumah Selangorku. Anda boleh lah ke website LPHS di sini http://lphs.selangor.gov.my dan juga untuk tahu syarat kelayakan lain Rumah Selangorku anda boleh ke sini: http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_faq

Kami sendiri pernah keluarkan artikel tentang Prosedur atau Cara-Cara Untuk Memohon Rumah Selangor ku.

 

Kenapa Rumah Ni Murah Giler?

Dengar kata harga asal nya mencecah RM200K tapi kerana ini di bawah program Selangorku, maka jadi lah ia RM42,000 sahaja!!

Kami tak betul-betul tahu reason nya. Tapi jangan risau. Ini benda betul. Sebenarnya banyak cara bagaimana kerajaan negeri dengan kerjasama pemaju boleh beri harga murah. Antaranya adalah pemaju akan markup pada harga projek-projek lain yang mahal-mahal. Atau pun tanah itu diberi percuma pada pemaju atau dengan harga rendah tapi dengan syarat pemaju kena buat kan rumah mampu milik di bawah skim Rumah Selangorku.

Tapi apa pun cara nya, tolong lah jangan lepas kan peluang yang ada depan mata ni. Pergi ke website yang kami nyatakan di atas atau terus ke pejabat nya untuk tahu maklumat lebih lanjut!

5 thoughts on “Maklumat Lanjut Rumah Selangorku (EcoForest) RM42,000 Sahaja!”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.