Sebut ja ejen, banyak jugak owner rumah tak suka guna ejen. Mahal katanya, jadi macam mana nak jual rumah tanpa ejen?

Perlu anda ingat, jika tidak menggunakan ejen, bermakna anda anda banyak guna masa anda.

Jika anda boleh luangkan masa untuk uruskan hal rumah anda, tak jadi masalah untuk buat sendiri.

Jual Rumah Tanpa Ejen?

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu jika anda nak uruskan sendiri jual rumah anda.

1) Persediaan

Sebelum anda start jual rumah, pastikan status rumah anda. Selalunya ada dalam geran.

Semak adakah rumah anda masih master title atau pun sudah ada strata/individual title, berapa keluasan tanah, luas rumah, beberapa info yang anda perlu masukkan dalam iklan.

Semak juga dengan pejabat tanah dengan membuat carian takut-takut ada kaveat ke atas rumah anda.

BACA LAGI: Apa itu kaveat

2)Melantik Lawyer/peguam

Sebelum anda iklan, anda perlu melantik lawyer yang mahir. Kenapa perlu mahir? Sebab kita nak cepatkan proses jualan rumah, kalau tak, proses yang boleh settle 6 bulan akan jadi setahun lebih.

Macam mana nak tau peguam tu ok ke tak? Yang ini anda kena banyak bertanya kepada orang yang pernah deal dengan lawyer.

jual rumah tanpa ejen

3) Iklan

Setelah dokumen rumah anda dah lengkap dan tidak ada apa-apa masalah, peguam pun dah ada, boleh la anda mulakan iklan untuk jual rumah tanpa ejen.

Anda boleh buat banner, iklankan di website, dan juga sebarkan dalam group facebook ke, whatsapp ke, dan mana-mana group yang anda ada.

Setelah iklan dibuat, pasti akan ada banyak yang hubungi anda, anda perlu reply mesej atau jawab panggilan pembeli rumah anda.

Kalau lambat balas, atau tak angkat call, ada kemungkinan anda akan terlepas pembeli.

4) Viewing

Bila yang dapat pembeli yang berminat dengan rumah anda, anda kena setkan masa untuk bawa pembeli tu tengok rumah anda iaitu sesi viewing.

Kalau rumah anda memang hot, memang banyak la pembeli yang anda nak kena bawak.

Jadi hujung minggu anda akan jadi busy. Kadang-kadang pembeli ada yang nak tengok selepas waktu kerja, ada juga nak tengok waktu malam. Sebaiknya bawa pembeli anda waktu pagi.

5) Negotiation

Kalau ada pembeli yang sangat berminat dengan rumah anda, pasti mereka anda cuba berunding dengan anda untuk dapatkan harga yang lebih rendah.

Jadi, anda kena target awal-awal berapa paling rendah anda boleh bagi, tapi masa iklan tu, letak la harga yang setara dengan owner rumah yang lain.

6) Dokumentasi dan serahan kunci

Jika pembeli confirm nak beli, duit booking perlu di beri kepada peguam sebagai pemegang amanah. Adalah salah jika anda sebagai owner pegang duit booking.

Setelah duit booking diterima, anda perlu pastikan pembeli anda telah lulus pemohonan pinjaman rumah untuk diberikan kepada peguam anda.

Setelah itu peguam anda akan mula buat SPA (Sale Purchase Agreement). Semasa nak tandatangan SPA tu, pembeli akan bayar 10% deposit (setelah tolak duit booking).

Full payment anda dapat setelah nama geran berjaya ditukarkan kepada nama pembeli.

Kesimpulannya, walaupun tidak menggunkan ejen, anda tetap tak dapat lari daripada membayar kos-kos seperti carian tanah, kos guaman, dan juga kos iklan. Jadi, sediakan diri anda dari segi masa dan tenaga.