Ejen Hartanah buat duit RM15k dalam masa sebulan? Biar betul? Macam mana dorang buat duit sebanyak tu?

Bagi yang masih ragu-ragu, tentang macam mana ejen hartanah ni buat duit. Elok sangat baca artikel ni. Bila nama pun dah ejen hartanah, mestilah makanan ruji dorang ni adalah hartanah. Jadi soal yang berkaitan hartanah kebanyakannya semua dorang tahu.

Kalau anda nak tahu kerjaya sebagai Perunding/Ejen Hartanah ni tiada gaji basic. Segalanya bergantung pada usaha individu itu sendiri untuk menetapkan berapa gaji yang dimahukan. Kalau anda seorang yang rajin dan memberi sepenuh komitmen dalam bidang ini, RM5000+memang no problem la nak dapat dalam satu bulan.

Konsepnya mudah. Usaha lebih, dapat pun lebih. Bayangkan sekali jual rumah, berapa ribu boleh dapat kan. Sebulan 1-2 biji rumah pun dah cukup sebagai pendapatan bulanan. Pernah dengar tak pendapatan ejen hartanah sebulan boleh cecah RM100k?

Jadi soalnya bagaimana ejen hartanah ni buat duit?

ejen hartanah buat duit

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

1. Dalam bentuk komisyen Jualan/Sewaan

Kebiasaannya komisyen diterima adalah 3% daripada harga jualan rumah. 3% ni adalah standard yang digunakan kat Malaysia ni.

Sebagai contoh, korang dapat jual satu unit rumah yang berharga RM300,000. 3% tadi diambil kira daripada harga RM300,000. Bermakna korang akan dapat RM9000 dan akan dikongsikan pada agensi mengikut nisbah yang ditetapkan.

Nisbah ni bergantung pada tahap senioriti. Mungkin ada yang ejen biasa, Senior Negotiator, ataupun Team Leader. Maka nisbah tadi berbeza-beza.

Andai kata korang layak dapat 70% daripada jumlah komisyen tadi. 70% darab dengan RM9000, maknanya korang akan dapat RM6300 sebagai pendapatan untuk satu kes. Banyak dah tu! Ni pun kiranya belum pendapatan bulanan lagi.

Mana tahu rezeki korang dapat jual 3 unit rumah dengan harga lingkungan RM300,000 dalam masa sebulan. Pehhh! Sebulan pendapatan korang dah RM18,900. Memang lain macam.

Jadi tak mustahil untuk dapatkan RM5000 ke atas dalam masa sebulan bahkan boleh lebih lagi, semuanya bergantung pada diri individu tu sendiri.

2. Referral Fee Lawyer

Yang ni kira side-income bagi ejen hartanah. Ejen hartanah boleh referkan kat pembeli dengan lawyer yang dorang kenal dan percaya. Ni ibarat saguhati la untuk ejen. Income ni taklah setinggi komisyen tadi, tapi bolehla lepas buat duit minyak untuk satu kes. Kalau dapat banyak kes, silap-silap boleh bayar ansuran bulanan kereta lagi.

OK lah. Nak try jadi ejen hartanah? Klik link di bawah. Dan baca. Kalau minat sila daftar.

>>>>> KERJAYA EJEN HARTANAH <<<<<

BACA LAGI: Rumah Jadi Mahal Sebab Ejen lah Mark Up Harga!!!