Suasana meriah hari raya takkan lari daripada lampu liplap. Sebut lampu liplap je semua orang tau lampu tu, ala..lampu yang berkelip-kelip tu. Kalau nak skema sebut la lampu LED. Tapi lampu liplap mana best?

Sekarang ni dah berlambak kedai mula jual lampu tu. Yela, bulan ni jela banyak orang nak beli lampu tu, kalau bulan lain sangat jarang orang beli.

Daripada dulu lampu liplap yang famous yang jenis panjang tu. Pastu dah upgrade sikit lampunya, dah boleh set macam mana jenis “berkelip” yang kita nak.

lampu liplap mana best

Image: aziesweetness blogspot

Lampu Liplap Mana Best Lagi?

Untuk hari raya yang bakal menjelang ni, ramai yang nak memeriahkan suasana dengan pelita dan lampu liplap ni. Masing nak menonjolkan keunikan dalam menyambut hari raya.

Jadi, kami pun nak kongsi sikit idea lampu liplap yang anda boleh guna selain yang biasa orang guna:

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

1) Lampu “Selamat Hari Raya”

Yang beli boleh letak terus depan rumah. Daripada jauh orang dah boleh nampak perkataan “Selamat Hari Raya” menerangi suasana rumah anda.

Anda juga boleh depan pintu rumah anda.

2) Lampu Ketupat

Lampu ini dibuat dengan design ketupat. Yang sesuai untuk hiasan dalaman dan juga luar rumah. Tapi kalau nak guna yang ni, kena gabungkan dengan lampu liplap yang panjang tu, baru nampak gempak.

3) Lampu Ketupat Bulan Bintang

Ha, ni lagi best. Satu set terus sekali dengan bulan dan bintang. Letak luar rumah memang meriah ni.

Gantung dekat atas sekali, bahagian bumbung rumah pasti menarik.

4) Lampu Set Ketupat

Lampu set ketupat ni ada lampu liplap di tambah dengan lampu ketupat. Kalau yang berkenan yang nombor 2 tadi, tapi malas nak beli 2 jenis lampu, beli yang jenis ni terus dapat lampu liplap dan ketupat. Kan senang kerja. Cuma patern susunan lampu liplap tu dah fix.

5) Lampu LED Stripe

Lampu LED ni mungkin anda selalu nampak, tetapi dengan lampu macam ni ada boleh customized dan hias mengikut cita rasa anda.

Pasti akan membawa kelainan yang memeriahkan suasana hari raya di rumah anda.

Jadi, lampu liplap mana best bagi anda? Kalau anda berminat dengan lampu-lampu macam ni, tapi cari dekat kedai atau pasar raya tak jumpa, anda boleh cuba website lelong.com.my yang mana website ni selalu ada orang jual dan penjualnya boleh dipercayai berbanding anda beli dekat facebook. Kalau bernasib baik mungkin terjumpa lampu yang lagi best.

BACA LAGI: Tips Mengecat Rumah